Wednesday, February 6, 2013

Mitos & Fatwa Sesat Dalam Dunia Photography

sumber dari blog saudara ejadphoto  aku copy paste sebab isi dia menarik kreadit untuk saudara ejad
Sumber: Ajaran Sesat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita disini ingin aku berkongsi beberapa mitos serta fatwa sesat yg pernah aku dengari/hadapi dari beberapa so-called sifu sepanjang penglibatan aku dalam bidang photography sejak tahun 2009.

Mohon pembaca sekalian supaya tidak membaca dgn penuh serius kerana ada penulisan yg agak sarkastik di dlm artikel ini.

____________________________________________________________________________

Mitos #1 - "Kitlens utk shoot gambar-gambar biasa je. Takleh guna utk shoot macro. Nanti rosak."

Hebat giler kitlens siap boleh tau apa jenis gambar yg kita shoot. Btw, gambar biasa-biasa tu camne? Ada gambar yg luar biasa ke?

Kitlens yg ringan dan nampak sgt murah tu sgt lah kacak sampai boleh digunakan utk shoot apa sahaja yg memenuhi kehendak framing anda. Tak caya sila baca artikel berikut:

_________________________________________________________________________

Mitos #2 - "Jenama original lebih tahan lama dan semestinya menghasilkan gambar yg lebih lawa drpd jenama 3rd party seperti Sigma, Tamron dan Tokina."

Really? Ok kalau mcm tu, sila bagitau aku, ada tak wide lens drpd Nikon, Canon, Pentax atau Sony yg boleh fight dengan Tokina 11-16mm F2.8?

Dan kalau 3rd party tak tahan lama, for sure diorang dah bungkus dah sekarang ni.

____________________________________________________________________________

Mitos #3 - "Megapixel tinggi = kamera power = gambar lagi lawa/sharp"

Well yg ni mmg takleh salahkan orang-orang awam. Knowledge ni dah ditanam sejak awal kewujudan kamera digital lagi.

Megapixel yg tinggi membantu jika kita nak cetak gambar tu dgn saiz yg besar. Tapi itu hanya melibatkan saiz dan resolution. Lawa atau tak lawa, sharp tak sharp plak bergantung kpd jenis lens yg digunakan, serta saiz sensor kamera tersebut.

Aku pernah shoot sebuah gambar yg sama, guna Nikon D50, 1 pakai 6MP, 1 lg pakai 2MP, sama jek lawanya. Yg tak sama ialah resolution. Baca artikel Megapixel Myth.

____________________________________________________________________________

Mitos #4 - "Lens mesti mempunyai VR atau IS utk menghasilkan gambar yg sharp"

Kalau begitu, tolong bagitau aku, camne photographer zaman dulu boleh dpt gambar sharp? Time tu takde VR/IS der.

Nak hasilkan gambar sharp giler gaban? Baca artikel How Sharp is Sharp?

____________________________________________________________________________


Mitos #5 - "Orang yg gantung DSLR di leher itu kelihatan sangat coolblog"

Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.

Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.

Aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun. Nampak beno mitosnya :(

____________________________________________________________________________

Mitos #6 - "Kena edit gambar baru jadi lawa"

Boleh je nak dapat gambar lawa straight out of card (SOCC) tanpa perlu post processing. Yg penting kena pandai main dgn parameter JPEG Profile dlm kamera tu la (brightness, contrast, sharpness etc etc)

____________________________________________________________________________

Mitos #7 - "Guna DSLR confirm gambar cun"

Banyak je gambar yg tak cun drpd DSLR yg aku tengok.
Mmg jenis kamera tu salah satu faktor, tapi ia bukan faktor utama ke-cun-an sesebuah gambar. Skill, teknik serta lens yg digunakan juga main peranan. Dan yg paling penting, Your Camera Doesn't Matter.

____________________________________________________________________________

Mitos #8 - "Filter boleh menghalang kewujudan fungus"

Um, ok jom kita fikir sama-sama:

  • Kita pakai filter utk efek tertentu (CPL, GND, ND) atau nak melindungi elemen hadapan lens
  • Fungus tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi

See any relationship between them? Takde kan? 
So apahal tetibe fungus bole dihalang dgn pemakaian filter plak?

Mcm tu takyah la pakai drybox. Sumbat je filter byk-byk kat lens tu.

Anda boleh pakai sampai 10 keping filter kat lens anda, dan fungus tetap akan tumbuh jika anda simpan lens tersebut di tempat yg lembap. Silap-silap bukan kat lens je, tapi kat filter pun ada fungus.

____________________________________________________________________________

Mitos #9 - "Selalu shoot dgn format RAW boleh merosakkan sensor"

Kalau begitu, semua kamera filem akan rosak sensor filemnya, sebab semua yg di-shoot itu ialah dalam format RAW.

BTW korang pernah dgr ke kes kamera rosak sbb asyik shoot RAW? Ada?

____________________________________________________________________________

Mitos #10 - "Gambar dari DSLR Canon lebih sharp drpd Nikon (atau sebaliknya)"

First of all, sila compare apple with apple, orange with orange. Jangan nak compare gambar yg di-snap menggunakan prime lens dgn zoom lens. Dah memang confirm gambar drpd prime lens tu lebih sharp.

Second, consider jugak pada teknik, EXIF, editing serta post processing. Tak aci la kalau masa buat comparison, satu pakai tripod, satu handheld. Satu edit sharpness, satu tak edit.

Like I said, apple with apple.


____________________________________________________________________________



Mitos #11 - "Lens 70-200mm F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55"

Suatu perbandingan yg dibuat oleh orang yg kurang bijak kerana membandingkan sebuah lens yg berharga lebih drpd RM4000 dgn kitlens yg tak sampai RM500. Apa yg best sgt dgn lens 70-200mm tu pun aku tak tau.

Kalau lens 70-200 tu best sgt, jom la kita outing landscape, tgk lens tu dgn kitlens 18-55, mana lebih berguna. Ada bran?

____________________________________________________________________________

Mitos #12 - "Guna ISO yg tinggi boleh merosakkan kamera"

Maka jgn lah beli kamera yg offer ISO tinggi-tinggi mcm D3 dan 1Dx tu ye. Beli je kamera yg offer ISO rendah supaya tak rosak. Kalau pakai kamera filem plak, jgn pakai filem yg ISO tinggi sbb nanti kamera boleh rosak.

____________________________________________________________________________



Mitos #13 - "Guna Raynox-250 boleh merosakkan autofokus kamera"

Masa guna macro filter, standard la camera akan focus hunting sbb depth of field terlalu nipis, susah nak fokus. Focus hunting bermakna sedang mencari subjek utk difokus, bukan autofocus rosak.

Kalau penggunaan Raynox boleh merosakkan autofocus, confirm la takde sape beli dik oi. Sila fikir logik.

____________________________________________________________________________


Mitos #14 - "Reverse lens boleh merosakkan sensor"

Aku pun tak paham camne reverse lens boleh rosakkan sensor. Dia reverse lens tu sampai mirror terangkat pastu langgar sensor kasi pecah kot?

____________________________________________________________________________

Mitos #15 - "Kalau nak shoot gambar panning, kelajuan subjek mesti sekurang-kurangnya 100 km/h. Kalau tak, nanti gambar blur"

Tiada satu pun undang-undang yg menetapkan bahawa panning itu mesti dgn kelajuan minima 100kmph. Mitos ini dibuat oleh orang yg sgt kurang pengalaman sbb dia hanya shoot panning di litar lumba, dia tak pernah shoot panning tangan sendiri atau org berlari/berjalan.

____________________________________________________________________________

Mitos #16 - "Wajib pakai mode Manual jika pakai DSLR. Kalau pakai mode lain, membazir, baik pakai kamera kompak"

Respon aku:
  • tu kamera sape? Kamera diorang ke kamera anda?
  • kalau tak bole pakai mode selain M, kenapa diletakkan mode lain disitu?
  • shoot pakai mode M confirm gambar akan jadi lawa ke?
  • adakah anda akan didakwa di bawah akta tertentu sekiranya menggunakan mode selain M apabila menggunakan DSLR?

Senang cerita, pakai lah mode apa pun yg selesa dan mudah utk korang dptkan gambar. 
Kalau korang mmg jenis pakai mode M manjang, pakailah, tapi takyahlah nak kondem org2 lain yg tak pakai mode M. tak semua orang serajin dan sehebat anda :)

PS - aku sendiri byk pakai mode P dan Av. M kalau nak main long exposure je :D

____________________________________________________________________________

Mitos #17 - "Beli lens F1.2/1.4 mahal-mahal tapi shoot pakai f/2.8, f/4, f/8, watpe? Baik takyah beli lens 1.2 kalau camtu. Membazir je"

Dalam bahasa ringkas - Shoot wide open all the time.

Tu lens diorang ke lens anda? Sukati diorang ler nak pakai aperture berapa pun.

Dan siapakah yg berkata kalau beli lens 1.2, wajib pakai 1.2 sahaja?

Kalau wajib, aku cabar orang yg cakap benda ni utk guna aperture f/1.2 atau f/1.4 dan shoot gambar subjek di bawah matahari yg terik.

Selamat 'mencuba'! ^^

____________________________________________________________________________

Mitos #18 - "Kamera akan cepat rosak kalau tukar lens"

By that logic, patutnya kamera aku dah lama jahanam dah sbb asyik tukar lens.
Jika anda seorang yg gopoh serta tidak cermat, jgn kata lens, tukar memori kad atau bateri pun boleh merosakkan kamera kerana anda tidak mengikut arahan yg betul.

____________________________________________________________________________

Mitos #19 - "Kata-kata dari Sifu Bulb"

Sifu Bulb ialah seorang 'jurufoto' yg aku pura-pura belajar dgn dia sbb dia kutuk Pentax. Aku nak tengok sejauh mana pengetahuan dia dalam bidang photography. Berikut adalah antara fatwa sesat yg beliau utarakan dgn penuh konfiden:

  1. Simbol bunga pada exposure dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan
  2. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR (dah dijawab dalam Mitos #3)
  3. Bokeh itu BULB
____________________________________________________________________________

Mitos #20 - "Prime lens sentiasa lebih baik drpd zoom lens"
Mitos #21 - "Makin mahal lens = makin bagus lens tersebut"
Mitos #22 - "Makin mahal kamera = makin bagus = gambar makin lawa"

Dari segi kualiti, memanglah prime lens serta kamera/lens yg mahal tu terbaik.
Tapi tak bermakna ianya bagus utk kita. Semuanya depends pada budget serta requirement.
Baca artikel The Best Camera Is..?

____________________________________________________________________________

Mitos #23 - "Bila travel, mesti bawak semua kamera dan lens yg ada supaya boleh merakam semua jenis moment/peristiwa"

Kalau larat, bawak la. And trust me, makin byk tools kau bawak, makin leceh utk kau capture moment. Tak caye ce baca artikel Bring Less, See More.

____________________________________________________________________________

Mitos #24 - "Bila dah ada DSLR, wajib shoot wedding utk dikenali sbg jurufoto/photographer"

Kena paham istilah, photographer/jurufoto ialah orang yg mengambil gambar. Takde pun makna tu menceritakan kena pakai kamera DSLR atau shoot wedding ke hape ke. Baca artikel Saya Ada DSLR. Adakah Saya Seorang Jurufoto?

____________________________________________________________________________

Mitos #25 - "Nak belajar photography ni kena outing shoot model kat tmpt cantik"

Tu salah satu ler. Habis tu kalau dah aku ni minat shoot landscape, takkan nak kena shoot model jugak baru bole improve skill? Masing-masing ada cara yg tersendiri. Mohon jgn sempitkan pemikiran anda dgn shoot model manjang. Banyak lagi benda bole di-shoot, dan tak semestinya di luar, dalam rumah pun bole.

____________________________________________________________________________

Mitos #26 - "Kita perlukan professional grade camera utk dptkan gambar yg lawa"

Aku tengok banyak je gambar yg menang photo competition tu shoot pakai aipong dan kompak je. Cane tu? Ke aipong tu tergolong dlm kategori pro camera?

____________________________________________________________________________

Mitos #27 - "Tiru je EXIF kalau nak gambar yg sama"

Ha'ah mmg tiru je bole dpt sama. Takyah susah-susah masuk kelas. Pegi je lokasi yg sama, pakai setting yg sama, akan dpt gambar yg sama. Tapi dgn syarat: guna kamera/lens/flash yg sama, jarak focusing sama, posisi shoot sama, editing dgn cara yg sama... pendek kata semua kena sama lah.

Usually kalau org mintak aku sertakan EXIF Data, mmg aku takkan bagi. Sebab utama ialah aku taknak org tiru setting tersebut. Bukan kedekut, tapi no point bg exif ni ekceli.


Lain org, lain posisi, lain angle, lain lens, lain timing, maka lainlah setting yg diperlukan walaupun nak amik gambar yg sama. 

Jadi kpd yg ingin belajar drpd gambar, ni suggestion drpd aku:
  • kenalpasti apa efek yg anda mahu kaji tu dulu, and then kemudian tanya soalan yg releven dgn efek tersebut.
  • misalnya, korang tgk gambar aku bokeh semacam, so instead of bertanya keseluruhan EXIF, korang tanya "bro, gambar ni diambil pakai lens apa, aperture berapa?". Soalan mcm ni baru agak betul dan relevan kalau nak belajar.


Ingat, jangan main tiru je setting org lain dan mengharapkan hasil yg sama. Jadikan setting itu hanya sbg guide. Kalau degil nak tiru jugak, jgn bising kalau hasil tak sama, sbb mmg takkan atau sgt susah nak jadi sama.

Aku sendiri dah pegi shoot sunset kat Tasik Shah Alam beberapa kali kat tmpt yg sama, dan aku tak pernah ada 1 setting yg sama. Mesti lain-lain. Sbb lain masa, lain lighting condition nya.

____________________________________________________________________________

Mitos #28 - "Kalau tangkap gambar 3 orang, salah seorang akan meninggal"

Camne anda bole tau? Anda Tuhankah? Atau Malaikat Mautkah?
Dalam Islam, ini merupakan salah satu kepercayaan karut dan khurafat. Imam Muda Asyraf ada jelaskan psl isu ni di SINI

____________________________________________________________________________

Mitos #29 - "RAW sentiasa lebih baik drpd JPEG"

RAW hanya sesuai bg mereka yg teliti serta rajin nak edit later. Kalau tak reti edit, nak hasil yg cepat utk terus print, RAW merupakan satu format yg sgt menyusahkan. Baca artikel RAW vs JPEG.

Maka sila kenalpasti nilai kerajinan serta kerjaya anda sebelum memutuskan bahawa RAW lebih baik drpd JPEG atau sebaliknya. Kalau anda press photog misalnya, lps shoot terus kena submit gambar, takkan nak shoot RAW?

____________________________________________________________________________

Mitos #30 - "Shoot gambar anjing/babi tu nokharommmmm"

First of all, anjing dan babi itu TIDAK haram. Mereka najis. Yang haram ialah memakan dagingnya.
Kalau mereka haram disebabkan najis, maka kita akan berdosa setiap kali kita beristinjak.

2nd, apesal tiba-tiba haram amik gambar diorang plak? Fatwa mana kau sebat? Habis kau shoot gambar model tayang bumper dan spoiler tu halal eh?

____________________________________________________________________________

Mitos #31 - "Nikon utk shoot landscape, Canon utk shoot wedding"

So wat happen kalau aku guna Nikon utk shoot wedding atau Canon utk shoot landscape? Nanti tebako ke kamera aku?

Pakailah apa-apa kamera yg korang nak utk shoot apa-apa gambar yg korang suka, takde masalah.

____________________________________________________________________________

Mitos #32 - "Nak gambar sharp, kena stop down aperture sampai f/22"

Teori stop down aperture tu betul, tapi bukan sampai f/22. Ini kerana diffraction mula wujud pada aperture yg sgt kecil dan menyebabkan gambar soft. Rujuk artikel How Sharp is Sharp?

____________________________________________________________________________

Kenapa diwujudkan artikel ni?

Sebab aku tak sanggup melihat budak-budak yg baru join photography ditipu hidup-hidup oleh rakan taulan yg mereka anggap sbg SIFU tapi bg maklumat yg salah.

Ada yg panas & terasa? Siapa yg terasa, inilah masanya utk anda membetulkan semula ajaran yg dah silap tu.

So jika anda ingin berguru, memanglah kita pun tak sure segala maklumat yg diberikan tu betul, tapi jika ada benda yg boleh fikir common sense, please, fikir sikit. Jgn telan je bulat-bulat.

Sifu ke master ke, mereka still manusia, aku pun manusia yg tak akan lepas drpd membuat kesilapan. Tapi jgn lah ikut je cakap tu bulat-bulat. Kita hidup di zaman yg serba canggih, internet boleh di access melalui handphone. So rajinkan diri meng-google, buat homework sikit, ok? Guna common sense tu.

Dan pesanan bg anda yg merupakan trainer atau tenaga pengajar dlm bidang ni, termasuk aku sendiri, tak semua benda kita tahu. Andai ada someone tanya aku psl underwater atau wildlife photography, mmg aku zero dlm genre ni.

But instead of memberikan jwpn yg ntah hape-hape, aku ckp je yg aku tak tau, sila tanya pd mereka yg lebih arif.

So kalau tak tau, ckp je tak tau. Takyah malu. Baik malu tak tau drpd malu sbb kantoi bg ajaran sesat.

Jika anda pun pernah dgr apa-apa fatwa yg meragukan atau menyesatkan, sudi-sudilah share kat sini ye.

Yg poyo & tak berapa sesat,
Ejad Fotopoyo

Friday, October 19, 2012

JENIS JENIS SIHIR


Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
* Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.
Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-
* Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
* Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.
Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )
Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.
Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-
1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
3. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang
dipelajari atau ditunututnya.
5. Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
6. Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
7. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
1. Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
2. Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
3. Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.
4. Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
5. Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
6. Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Monday, October 15, 2012

HANTU RAYA



Hari ni meh aku cerita sikit pasal hantu raya yang cukup terkenal di kalangan masyarakat kita
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya
Kelebihan
* Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
* Ia boleh menjelma sebagai manusia.
* Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelemahan
* Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
* Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
* Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
* Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Kelemahan hantu raya
Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Sunday, October 14, 2012

Kisah Zulkarnain menurut tafsiran al Quran


Muqaddimah
Kisah Zulqarnain dalam ayat-ayat 83-98 Surah Al-Kahfi memberikan suatu model Islami tentang suatu Kuasa Besar Dunia Qurani. Kisah yang ringkas dan umum itu seharusnya kita sarikan pengajaran dan teladan untuk panduan dan pedoman kita.
Asbabun Nuzul
Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa beberapa ayat ini diturunkan berkenaan orang-orang Quraisy yang suatu waktu bertanyakan Rasulullah SAW mengenai seorang pemuda yang mengadakan perjalanan hingga ke masyriq dan maghrib dan peristiwa yang terjadi atas pemuda itu. [HR. Ibnu Jabir]
Golongan Ahli Kitab ingin membuktikan bahawa Al-Qur’an berasal dari Allah yang diturunkan kepada Muhammad SAW. Maka, sebahagian orang yang mendalami kitab mereka bertanya kepada Mumammad SAW tentang kisah umat terdahulu, di antaranya kisah Zulqarnain sebagai mana yang tertera dalam ktab mereka, Taurat dan Injil. Kemudian Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW untuk menjelaskan kisah itu. Zulqarnain adalah utusan Allah yang diutus kepada kaumnya agar mengajak kepada tauhid. Lalu Zulqarnain mendapat tentangan daripada Ya’jj dan Ma’juj, iaitu dua kaum yang membuat kerosakan.
RINGKASAN KISAH
Intro (ayat 83-84)
Zulqarnain diberikan Allah:
1.kekuasaan untuk memerintah bumi (kuasa besar);
2.ilmu, sarana dan prasarana untuk menjayakan misinya; dan
3.ilham jalan untuk menyempurnakan misinya.
Misi 1 (ayat 84-88)
Zulqarnain mengembara ke maghrib (paling barat). Beliau menemui suatu kaum yang kufur ingkar. Dalam melaksanakan perintah Allah (yang diberikan Allah kepadanya secara “opsyen”) beliau menghukum mereka yang zalim dan melayani dengan baik mereka yang beriman dan beramal soleh, sambil mengingatkan mereka tentang balasan Allah berupa azab di akhirat kepada yang zalim dan balasan sebaik-baiknya daripada Allah di akhirat kelak untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.
Misi 2 (ayat 89-91)
Zulqarnain mengembara ke masyriq (paling timur).. Beliau menemui suatu kaum yang primitif yang mendiami kawasan geografi yang tidak berbangunan dan tidak berpokok.
Misi 3 (ayat 92-98)
Zulqarnain berpatah balik dan menuju utara. Beliau menemui suatu kaum yang tidak memahami bahasa beliau. Kaum berkenaan menceritakan kepadanya tentang Ya’juj dan Ma’juj yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka memohon khidmat profesional daripada Zulqarnain untuk membina tembok penghalang antara dua gunung daripada bahaya serangan Ya’juj dan Ma’juj. Zulqarnain memberikan khidmat kepakaran yang dimilikinya, dengan memindahkan teknologi kepada kaum berkenaan serta mendapatkan tenaga sumber insan daripada mereka. Segalanya secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial Zulqarnain sebagai “sebuah kuasa besar”. Tembok penghalang itu telah berjaya didirikan dengan sharing teknologi yang tinggi yang terbina daripada hasil collaborating sumber dan daya. Zulqarnain berjaya memberikan penyelesaian kepada kaum berkenaan yang selama ini buntu menghadapi masalah yang tanpa penyelesaian.
TERJEMAHAN & TAFSIRAN
وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا (٨٣)
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Orang-orang musyrik itu akan bertanya kepadamu – wahai Muhammad – tentang cerita Zulqarnain; seorang raja yang soleh. Katakanlah kepada mereka, “Aku akan mengisahkan ceritanya kepadamu sebagai suatu peringatan supaya kamu ingat dan mengambil pelajaran dengannya.”
إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الأرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا (٨٤)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kekuasaan kepadanya di muka bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya sebab dan jalan untuk mencapai segala sesuatu yang membawanya kepada apa yang dia kehendaki, iaitu menaklukkan berbagai daerah, mengalahkan musuh, dsb.
فَأَتْبَعَ سَبَبًا (٨٥)
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Maka, dia menempuh jalan dengan sungguh-sungguh dan kerja keras.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا (٨٦)
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyiksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenamnya matahari, dia melihat seolah-olah matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam dan di sana dia mendapati segolongan umat. Kami berkata, “Wahai Zulqarnain, kamu boleh menyiksa mereka dengan membunuh atau selainnya jika mereka tidak mengakui keesaan Allah dan kamu boleh berbuat kebaikan terhadap mereka agar mereka mendapat petunjuk.”
قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا (٨٧)
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Zulqarnain berkta, “Adapun orang yang menganiya dirinya sendiri dan kafir kepada Tuhannya maka kami kelak akan mengazabnya di dunia, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabkan dengan azab yang pedih di Neraka Jahanam.”
وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا (٨٨)
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Adapun orang orang-orang yang beriman dengan Tuhannya dan mengesakan dengan mengamalkan dan menaati-Nya maka baginya syurga sebagai pahala dari Allah. Kami akan berbuat baik kepadanya serta kami akan bersikap lemah lembut dalam ucapan serta kami akan memudahkan hubungan baginya.”
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٨٩)
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Kemudian, Zulqarnain kembali ke tempat matahari terbenam untuk menempuh jalan (yang lain) yang telah Allah berikan kepadanya.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا (٩٠)
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang tidak mempunyai suatu bangunan yang menutupi mereka dan tidak pula pohon yang melindungi mereka dari cahaya matahari itu.
كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا (٩١)
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala yang ada padanya, iaitu kebaikan dan jalan yang dia tempuh.
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٩٢)
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Kemudian, Zulqarnain menempuh suatu jalan (yang lain lagi) yang telah kami berikan kepadanya.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلا (٩٣)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan orang lain.
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (٩٤)
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu (iaitu dua golongan besar dari anak cucu Adam) adalah orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi dengan membinasakan tanaman dan keturunan maka dapatlah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu dan mengumpulkan harta bagimu, supaya kamu membuat dinding pemisah antara kami dan mereka?”
قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (٩٥)
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Zulqarnain berkata, “Kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepadaku adalah lebih baik bagiku daripada hartamu maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat) darimu agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,
آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (٩٦)
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Berilah aku potongan-potongan besi.” Hingga apabila mereka datang dan meletakkan, lalu membawanya di samping ke dua gunung itu, Zulqarnain berkata, “Nyalakan api itu.” Hingga apabila semua besi itu telah menjadi api semuanya, dia pun berkata, “Berilah aku tembaga yang mendidih agar kutuangkan ke atas besi panas itu.”
. فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا (٩٧)
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Maka Ya’juj dan Ma’juj tidak sanggup naik ke atas dinding tinggi itu, serta mereka tidak sanggup pula melubangi bahagian bawahnya kerana tebal dan kuatnya.
قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا (٩٨)
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Zulqarnain berkata, “Inilah yang aku bangun sebagai dinding untuk mencegah kerosakan Ya’juj dan Ma’juj, rahmat dari Tuhanku untuk manusia, apabila janji Tuhanku datang pada hari Kiamat, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan rata dengan tanah; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”
BEBERAPA PERSOALAN
1.Siapakah Zulqarnain?
Identiti sebenar Zulqarnain tidak disebutkan dalam Al-Quran. Al-Quran dinamakan sedemikian kerana beliau memiliki kekuasaan yang luas, meliputi timur dan barat. (Tafsir Al-Kahfi).
Zulqarnain BUKAN Alexander the Great:
Alexander berfahaman animisme sedangkan Zulqarnain seorang yang beriman (Tafsir Fi Zilalil Quran); Alexndaer bukan Zulqarnain kerana Alexander dikenali sebagai orang yang tidak taat beragama, tidak mengesakan Allah, menyembah berhala. (Tafsir Al-Mishbah); Memetik pendapat Fakhrurrazi: “Zulqarnain adalah seorang nabi sedangkan Alexander adalah seorang kafir. Guru Alexander adalah Aristotles dan dia mendengar perintahnya, sedangkan Aristotles adalah kafir. Mengenai status Zulqarnain, yakni sama ada dia seorang nabi atau tidak, saya akan menjelaskannya dalam perbahasan akan datang. (Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Alexander adalah kafir penyembah berhala, dan dengan itu bukan Zulqarnain. (Fakk’asrar Zi Al-Qarnain wa Ya’juj wa Ma’juj, Syaikh Hamdi).
Zulqarnain ADALAH Alexander the Great:
Imam Jalaluddin Al-Mahali dan Imam Jalaluddin As-Sayuti menyebut Zulqarnain dengan nama Iskandar. (Tafsir Jalalain); Ibnu Hisham mengatakan dengan tegas, “Nama betul adalah Iskandar. Dialah yang membina kota Iskandariah. Kota Iskandariah kemudiannya dinamakan bersempena namanya. (Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisham); Imam Al-Alusi menyatakan Dzulkarnain adalah Alexander iaitu anak Raja Philip yang berjaya mengalahkan Raja Parsi, Darius. (Tafsir Ruh Al-Ma’ani); Memetik beberapa pendapat yang mengatakan Zulqarnain mempunyai nama Iskandar bin Filifus Al-Yunani. (Marohul Labid, Imam Nawawi Al-Jawi); Hidup di era Nabi Musa. (Fathul Baari, Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Zulqarnain adalah Iskandar Agung, Raja di Al-Maqduni (Macedonia) di negeri Yunani. (At-Tafsir Al-Qur’ani Li Al-Qur’an, Ustaz Abdul Karim Al-Khatib); Imam As-Tsa’labi berkata: “Zulqarnain dalah Iskandar Bin Philips Bin Hermes Bin Hardos Bin Monton Bin Rumi Bin Latin Bin Yunan Bin Yafits. Nasabnya dikatakan berakhir pada Al-‘Aidh Bin Ibrahim Khalil Ar_rahman.” (Qashsah Al-Anbiya’, As-Tsa’labi).
2.Bilakah latar masa kisah itu?
Era Nabi Ibrahim (Fathul Baari, Ibnu Hajar); Era Nabi Isa; tidak dapat dipastikan.
3.Daripada manakah Zulqarnain memulakan pengembarannnya?
Tidak dapat ditentukan dengan pasti.
4.Daripada manakah Zulqarnain berasal dan di manakah beliau akhirnya berada?
Tidak dapat ditentukan dengan pasti.
5.Di manakah daerah matahari terbenam?
Mencapai hujung peradaban di bahagian barat (Al-Qurthubi); Bahagian barat bumi namun mencapai tempat terbenamnya matahari di langit adalah mustahil (Tafsir Ibnu Kathir); Menempuh jalan ke arah barat (Tafsir Jalalain); Negara yang tidak ada lagi negara selepasnya – tempat terbenamnya matahari kerana tiada bangunan, berjalan ke Tunisia dan kemudian Maghribi, selepas itu tiba di laut di mana diperhatikannya keadaan matahari yang seakan terbenam (Tafsir Maraghi); Di pantai Lautan Atlantik yang diberi nama Laut Gelap; atau muara sungai, di mana terdapat banyak padang rumput dan tanah berlumpur hitam (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kawasan barat (Tafsir Al-Azhar); Berada di laut (Tafsir Al-Kahfi, Syaikh Uthaimin); Tempat jauh yang sebelumnya tidak terjangkau di bahagian barat bumi (Tafsir Al-Mishbah).
6.Di manakah lokasi tepat daerah di mana kelihatan matahari terbenam dalam mata air yang hitam berlumpur?
Laut panas yang berlumpur hitam (‘ainan hamiyah), ataupun laut yang berlumpur hitam (‘ainin hami’ah) (Tafsir Tabari); Kathirah Al-Ham’ah = lumpur hitam, mungkin juga Hamiyah = laut yang panas dan berlumpur hitam (Al-Qurthubi); Laut – air dan tanah hitam (lumpur) (Tafsir Ibnu Kathir); Laut yang berlumpur hitam (Tafsir Jalalain); Lautan yang gelap, laut yang berwarna biru seakan lumpur dan air (Tafsir Maraghi); Laut Gelap ataupun sungai yang berlumpur hitam yang banyak. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mata air atau laut yang hitam, iaitu Lautan Atlantik yang juga biasa dikenali sebagai Bahrizh –Zulumat Lautan Gelap (Tafsir Al-Azhar); Mata air iaitu lautan yang berlumpur hitam (Tafsir Al-Mishbah).
7.Siapakah kaum yang ditemui Zulqarnain?
Kaum Nasik (Tafsir At-Tabari); Umat yang besar daripada bani Adam (Tafsir Ibnu Kathir); Kaum Kafir (Tafsir Jalalain; Tafsir Maraghi); Kaum yang berjumlah 12 000 keluarga (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang derhaka kepada Allah atau kaum yang tidak mengenal Agama (Tafsir Al-Mishbah).
8.Di manakah daerah matahari terbit (mathli’ as-syams)?
Ke timur, iaitu tempat yang tidak mempunyai gunung-ganang dan pohon, dan banguna tidak dapat dibina di situ, sehingga penduduk di situ tidak mempunyai rumah. (Tafsir At-Tabari); Zulqarnain sampai di tempat suatu kaum yang tiada orang lain antara mereka dan tempat terbitnya matahari, sementara matahari itu terbit di belakang dengan jarak yang sangat jauh. (Tafsir Qurthubi); Ke tempat matahari terbit. Lokasi tidak dijelaskan. (Tafsir Ibnu Kathir); Menuju ke arah timur, tempat matahari terbit. (Tafsir Jalalain); Beliau sampai di daerah bumi terakhir di timur. (Tafsir Maraghi); Pengembaraannya ke arah timur. Sebelah timur. Tempat yang terbuka di mana cahaya matahari tidak terhalang oleh dataran tinggi atau pohon. Padang pasir dan savana yang luas. Terletak di Timur Jauh, dai mana seseorang dapat melihat matahari terbit di dataran yang mendatar dan terbuka, dan lokasinya di sekitar Timur Afrika.(Tafsir Fi Zilalil Quran); Negara di timur itu berlatar belakangkan padang pasir yang luas dan kering, yang sukar ditempuhi manusia. (Tafsir Al-Azhar); Ke arah terbitnya matahari (timur) – lokasinya tidak dinyatakan. (Tafsir Al-Kahfi). Di sebelah timur. (Tafsir Al-Mishbah).
9.Kaum apakah yang ditemui Zulqarnain dan latar geografi yang diduduki (qaumil lam naj’al lahum min duunihaa sitraa)?
Ada yang mengatakan mereka sebagai kaum Negro, sebagaimana yang dinyatakan oleh Qatadah. (Tafsir Tabari); Suatu tempat yang tidak ada kota di kawasan itu. Ada kemungkinan antara mereka ada ayng masuk ke dalam sungai dan ada juga yang masuk ke alam tanah. Qatadah menggelar kaum itu az-Zanj. Al-Kalbi memanggil mereka Taris, Hawil dan Mansak. Ada juga yang menyatakan kaum itu adalah penduduk Jabalq, daripada keturunan kaum ‘Ad yang beriman kepada Nabi Hud. Dalam bahasa Parsi, mereka dipanggil Marqisa.(Tafsir Qurthubi); Kaum yang tidak mempunyai bangunan yang dapat dijadikan tempat tinggal. Selain ditu, tiada pepohon yang dapat menanungi dan melindungi mereka daripada sinaran matahari. Sa’id bin Jubair mengatakan kaum itu berkulit merah dan pendek. Tempat tinggal mereka adalah gua-gua, manakala makanan mereka adalah ikan. Ibnu Jarir mengatakan, “Mereka tidak membina satu bangunan pun. Jika matahari terbit, mereka masuk ke tempat tinggal mereka sehingga matahari lenyap, ataupun masuk ke dalam laut. Ini kerana, tiada gunung di kawasan mereka.”. (Tafsir Ibnu Kathir); Zunuk ataupun orang India yang tidak mempunyai pakaian atau atap. Ini kerana, tanah di kawasan mereka tidak dapat menyokong bangunan. Tempat perlindungan mereka hanya berupa lubang-lubang. Apabila matahari terbit, mereka masuk ke dalam lubang-lubang dan keluar semua apabila matahari sudah meninggi. (Tafsir Jalalain); Kaum yang tidak berpakaian dan tidak mempunyai bangunan. Mereka bertelanjang di tanah terbuka ataup[un di dalam lubang-lubang di bawah tanah. (Tafsir Maraghi); Kaum yang tinggal di tempat yang terbuka, yang mana cahaya matahari tidak terhalang oleh sesuatu apapun, ataupun kaum yang telanjang sehingga cahaya matahari tidak terhalang daripada menyinaari tubuh mereka. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Tiada satu perlindunganpun daripada matahari. Jadi, jelaslah hawa udara negera itu amat panas dan negara itu berlatarbelakangklan padang pasir. Ini kerana apabila matahari naik, tiada suatu perkara pun yang melindungi mereka dariapda chaya matahari, seperti gunung. Mungkin tempat ini terletak di Afrika Timur. Mungkin juga penduduk di situ belum mengenal pakaian sehingga badan mereka tidak terlindung daripada cahaya matahari. (Tafsir Al-Azhar); Kaum ini tidak mempunyai rumah ataupun tidaka da pohon yang menanungi mereka. Bahkan ada sebahagian ulama’ yang mengatakan mereka juga tidak berpakaian hingga matahari menyengat tubuh mereka.(Tafsir Al-Kahfi); Kaum yang hidup dengan fitrah asli mereka, iaitu tidak ada penutup yang melindungi mereka daripada kehangatan matahari. Mereka tidak berpakaian dan tidak ada bangunan di kawasan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).
10.Apakah yang dimaksudkan dengan kaum yang tidak memahami perbicaraan?
Kaum yang hampir tidak memahami pembicaraan kecuali bahasanya sendiri. Disebabkan sesuatu perkara, mereka tidak mampu memahamkan orang lain pada pembicaraan mereka, baik secara lisan mahupun akal. (Tafsir Tabari); Kaum yang tidak mehahami pembicaraan orang lain dan orang lain pun tidak memahami pembicaraan kaum itu. Seholongan umat yang soleh. (Tafsir Qurthubi); Bahasa asing yang mereka gunakan dan tempat tinggal mereka terlalu jauh dari paradaban lain. (Tafsir Ibnu Kathir); Mereka tidak dapat memahami pembicaraan, melainkan secara perlahan-lahan. (Tafsir Jalalain); Mereka adalah bangsa manusia yang hampir tidak dapat memahami pembicaraan orang lain, dan IQ yang rendah. Jika mereka memiliki IQ yang mencukupi tentulah mereka dapat memahami berdasarkan isyarat dan keadaan. (Tafsir Maraghi); Kaum yang mundur, “Mereka hampir tidak mengerti perbicaraan.” (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mereka mengalami kesukaran memahami bahasa yang digunakan Zulqarnain. Kemungkinan pada waktu itu, jarang sekali penduduk di situ keluar sehingga sukar memahami bahasa asing yang digunakan Zulqarnain dan para penterjemahnya. Sebagai penyelesaian kedua-dua pihak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang tinggal di hadapan kedua-dua gunung itu (bukan di belakang atau antara kedua-duanya), ialah kaum Atrak. Mereka adalah bangsa yang dulunya tinggal di Eropah Timur seperti Albania, Bosnia dan beberapa negara Asia Tengah seperti Kazakstan, Uzbekistan, Chechnya dan kawasan sekitarnya (Tafsir Al-Kahfi); Suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan kecuali dengan susah payah. Ini kerana bahasanya terlalu asing atau kerana IQ mereka rendah, kedua-dua pihak akhirnya menggunakan penterjemah dan bahasa isyarat (Tafsir Al-Mishbah).
11.Di manakah lokasi antara dua gunung (baina as-saddaina) berkenaan?
Dua gunung yang menghalang sesuatu antara kedua-duanya. Memetik pandangan al-Qasim iaitu bukit Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Tabari); Dua buah gunung dari arah Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Qurthubi); Di hadapan kedua-dua bukit iaitu, dua buah gunung, yang antara keduanya terdapat satu lubang. Yakjuj dan Makjuj keluar dari lubang itu dan menuju ke Turki. (Tafsir Ibnu Kathir); Antara dua buah ampangan (dibaca saddaini atau suddaini), dan selepas kedua-dua empangan itu terdapat dua buah gunung, di wilayah Turki. (Tafsir Jalalain); Anta kedua-dua gunung di utara di kawasan Samarkhand dan India. (Tafsir Maraghi); Wilayah antara dua buah gunung semula jadi atau buatan yang dipisahkan oleh lorong atau lembah. (Tafsir Fi Zilalil Quran); ‘Atha’ al-Khurasani melaporkan dpd Ibnu Abbas, tempat itu terletak antara Armenia dan Adzerbaijan. (Tafsir Al-Azhar); Dua gunung besar yang membatasi arah timur (dari Asia Timur) dan arah barat. (Tafsir Al-Kahfi); Perjalanan ketiga ini antara dua gunung yang sangat tinggi dan menyukarkan orang yang berada di belakangnya melaluinya. (Tafsir Al-Mishbah).
12.Siapakah Yakjuj & Makjuj dan di manakah lokasi mereka?

Tidak dijelaskan siapa dan di mana lokasi mereka. (Tafsir Tabari); Bangsa Turk daripada golongan Yafits. (Tafsir Qurthubi); Keturunan Yafits Abu Turk. (Tafsir Ibnu Kathir); Nama asing bagi dua kabilah, suka merompak dan membuat kerosakan. (Tafsir Jalalain); Identiti dan lokasi tidak dinyatakan, hanya memetik kembali ungkapan dalam Al-Quran. (Tafsir Maraghi); Tidak dijelaskan. Serangan Mongol ke atas Dinasti Abbasiah dianggap sebagai salah satu petanda keluarnyanya Ya’juj & Ma’juj. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kata Ya’juj & Ma’juj mungkin boleh ditafsirkan sebagai fikiran jahat, niat buruk dan ideologi sesat. (Tafsir Al-Azhar); Dua bangsa berketurunan Adam, suka melakukan kerosakan, membunuh, merompak dan menyimpang dpd agama serta syirik. (Tafsir Al-Kahfi); Sangat sukar menentukan siapakah mereka dan di mana lokasi mereka, dan bagaimanakah kesudahan dan kedatangan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).
13.Di manakah tembok (ar-radm – tembok besi; qithr – cairan tembaga) yang didirikan Zulqarnain & Co?
Besi dan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Tabari); Ar-radm adalah menempatkan sesuatu di atas sesuatu yang lain, yang berupa batuan, tanah dsb. Sehingga menjadi penghalang. (Tafsir Qurthubi); qithr – cairan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Ibnu-Kathir); Potongan besi sebsar bata kecil yang dijadikan bahan bina tembok, memakai kayu dan bata yang dimasukkan di tengah-tengah tembok besi itu. qithr = tembaga. Lokasi tidak dijelaskan.(Tafsir Jalalain); Cairan tembaga (qithr) dituangkan ke atas besi yang membara sehingga sebahagiannya melekat pada bahagian lain, lalu menutupi lubang-lubang ntara besi sehingga campuran itu menjadi struktur yang keras dan licin. Tembok besi itu terletak di jalan yang menghubungkan Samarkhand dengan India dan dinyatakan sebagai Babu ‘l-Hadid. Bukan tempat dekat kota Babu ‘l-Abwab ataupun Durband (Derbend) di Pergunungan Qauqaf (Kaukasus). (Tafsir Maraghi); Potongan yang dicampurkan dengan cairan tembaga (qithr). Lokasi tidak dijelaskan.. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Dinding besar dengan besi yang diperkukuhkan dengan batuan dan juga dengan menuangkan tembaga ke dalamnya. (Tafsir Al-Azhar); Zulqarnain ingin membina tembok yang lebih kukuh daripada apa yang diminta, iaitu tembok yang diperbuat daripada besi dan tembaga. (Tafsir Al-Kahfi); Perkataan zubur adalah bentuk jamak bagi perkataan zubrah, iaitu potongan-potongan besi yang besar. Tentu sahaja struktur itu bukan hanay dibina daripada besi dan tembaga, tetapi juga batuan dan bahan lain. Dalam konteks ini, besi disebut secara khusus kerana ia adalah bahan terpenting. Lagipun, ia tidak mudah ditemui berbanding batu. Ia juga disebut secara khusus bagi menggambarkan kekuatannya. Perkataan qithran diambil daripada perkataan qathara iaitu menitis. Menitis merujuk kepada tembaga yang mencair. (Tafsir Al-Mishbah).
5 PROFIL YANG MELATARI KISAH
1.Zulqarnain sebagai kuasa besar yang beriman, soleh dan istiqamah.
2.Kaum yang kufur ingkar
3.Kaum yang tidak bertamadun
4.Kaum yang ditindas
5.Golongan yang menindas (zalim dan melakukan kerosakan)
BEBERAPA PENGAJARAN
1.Islam bersifat menakluk; menguasai dan mempengaruhi (tetapi bukan menjajah).
2.Kuasa besar harus berada di tangan umat Islam.
3.Untuk menjadi kuasa besar yang Islami, umat Islam harus mempunyai keupayaan secara politik, mempunyai ilmu yang melampaui tanda aras yang tinggi, dan sarana dan prasarana yang terbaik.
4.Kuasa besar yang Islami sentiasa melaksanakan hukum-hukum Allah dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Illahi.
5.Kuasa besar Islami adalah kuasa besar yang prihatin, membela yang tertindas dan menghukum yang zalim serta menjadi penyelamat kepada yang fakir.
6.perkongsian teknologi.
7.Collaborate sumber dan daya.