bagaikan permata dicelahan kaca
kerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan ku pasrah harapan
moga tak tersalah pilihan
Nurkasihmu mendamai di kalbu
jernihnya tulus ada dalam doaku
rahmati daku dan permintaanku
untuk bertemu di dalam restu
kurniakan daku srikandi
penyeri di mata
penawar dihati didunia dialah penyeri
di syurga menanti ia bidadari
kekasih sejati teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua kerana keduniaan
mekar hidup disiram nurkasih
ya Allah kurniakanlah kami
isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata
ditanganmu tuhan kusandar impian
penentu jodoh pertemuan
seandainya dirinya tercipta untukku
relaku menjadi miliknya
3 comments:
Uuuuu kat dunia ni xda yg sempurna kn
slalunya benda yg kita xsuka slalu ja dtg mduga kita,bila benda yg kita suka huh! tu yg sukar tuk kita nk dpt apatah g soal prasaan,jdoh bila ssuatu yg kita impikan slalu ja jauh dari kita, tp bila yg x dimpikan itu yg plg dekat gn kita kn....
kat dunia xda yg sempruna...slalunya benda yg kita xrancg n x impikn itu yg datng
bila ssuatu yg kita ingin kn n impikan tu yg xkn dan xpena kita dpt.
mcm ja ssuatu perkara yg kita xsuka slalu ja mduga...bila perkara yg kita suka slalu jauh dari kita knn
betul la BB..... tak semua yang kita impikan akan dapat kita rialisasikan... namun tidak ada salah nya kita berusaha ke arah apa yang kita rancang kan kerana seandai nya kita gagal kita akan merasa puas kerna telah berusaha..
Post a Comment