Sunday, April 19, 2009

Barang - Barang Lama




hari aku ada dapat barang-barang yang jarang-jarang ditemui dan hampir pupus di atas muka bumi ni, barang ni member tempat kerja lama aku yang hantar dia suruh aku tengok -tengokkan mana tau boleh guna lagi, pening jugak aku tengok benda - benda ni, tak tau lagi aku boleh buat ke tak. Jom aku tunjuk satu - satu bendaalah ni





ha ni la dia benda nya, pc lama huhu, ha cu be korang tengok, dia punye bentu pun dah lain dah, zaman sekarang ni korang dah tak boleh jumpe lagi dah pc rupe macam ni, ye la yang ada pun dah canggih dah tak besar gedabak macam ni wo... dah la besar berat giler pulak tu...



Nama model destop ni DELL Optiplex gx 110, kalau tak silap aku model ni wujud dalam tahun 99 ke 2000 la gitu, hampir 10 thn wo dia dah wujud kat muka bumi ni, menurut owner destop ni dia pakai pun dah lama, dia kata destop ni dia rembat kat tempat kerja dia yang dulu dulu ( haram J betul ), jom kite tengok spec destop ni





Product MPN

MPN

GX110

Key Features

Form Factor What is "Form Factor"?

Small Form Factor

Processor

Intel Pentium III 733 MHz

Chipset What is "Chipset"?

Intel 810E

Installed Memory

256 MB (SDRAM)

Processor

Processor Type What is "Processor Type"?

Intel Pentium III

Processor Speed What is "Processor Speed"?

733 MHz

Processor Manufacturer

Intel

Motherboard

Video Output Interface

Direct AGP

Memory

RAM Technology

SDRAM

Installed RAM What is "Installed RAM"?

256 MB

Max Supported RAM

512 MB

Number of Memory Slots

2 x 168 Pin SDRAM DIMMs

Supported RAM Speeds

100 MHz

Installed Cache Memory

256 KB

Technical Features

Integrated Input/Output Ports

Serial Port x 2 • RJ45 Lan Port x 1 • PS/2 Mouse x 1 • PS/2 Keyboard x 1 • Parallel Port (ECP/EPP/SPP) x 1

Security Features What is "Security Features"?

Intrusion Alarm

Power Configurations

ACPI/APM Power Management • Wake On LAN Header

Hard Drive

Hard Drive Interface

DMA/ATA-66 (Ultra)

Controller Type

DMA/ATA-66 (Ultra)

Audio / Video

Video Out Ports

15 Pin D-Sub VGA port x 1

Audio Input

Microphone Jack • 1 x Line In

Audio Output Type

Line out

Max. Video Resolution

1600 x 1200

Miscellaneous

Family Line

Dell OptiPlex




Ha korang tengok la pentium 3 tu… kalau generasi – generasi baru la ni mesti tak pernah jamah pakai pentium 3 ni kan? Kalau ada pun sure korang tak nak pakai punye, ye la sekarang ni dah ada macam – macam jenis procesor yang canggih manggih sampai aku pun dah tak tau ape nama dah, last procesor yang aku tau keluar core 2 quart yang di keluarkan oleh syarikat ternama intel untuk fight dengan pesaing utama dia AMD

Berbalik pada pc ni maximum ram yang bord ni boleh terima hanyalah 512mb je hahahaha korang jangan nak gelak pulak, untuk pengetahuan korang dizaman kegemilangan pc ni dulu kalau ada ram 512mb memang giler babes punye la, boleh duk canang satu opis dan u punye la beb….



Yang lain – lain korang boleh tengok sendiri contoh nya hard disc (tak di pamerkan ) kapasiti untuk hard disc pc ni adalah 10gb, kecik je… masuk windows xp dah tinggal 6gb haha, tapi tu la owner mintak aku masukkan jugak windows xp, aduh…. Tak aku try je la, kalau boleh, boleh la…. Kalau tak boleh pandai- pandai la aku jawab nanti, orang tua ni pun satu dah tau pc zaman purba macam – macam pulak dia mintak, nasib baik dia tak mintak aku masuk kan vista ka

lau tak sure aku nangis depan dia tadi huhu




Banyak jugak gedjet – gedjet lain yang member aku bawak sekali tadi. Tapi tu la semua n

ye barang lama.. barang purba, tapi ada satu barang ni agak menarik minat aku, scaner… korang tengok ler

… benda ni p

un dia suruh aku test boleh guna lagi ke tak, kalau boleh guna aku pun nak try la kecek dengan dia hahaha best wo ada scaner ni…. Barang – barang lain yang ada printer jenis canon BJC 3000, aku pun tak pernah pakai printer jenis ni, ye la dulu – dulu kan benda –benda ni mahal – mahal semua, mana la aku mampu nak beli….






Aku pun tak tau bila aku boleh setel kan semua benda – benda ni, tapi nasib bek la tadi abang dia cakap kat aku ak payah

rusing bend

a ni sebab dia dah ada laptop baru dah, pc ni dia nak bagi anak – anak dia gu

na je buat main game , so aku pun rileks je la dulu, tunggu la sampai aku abis main NEED 4 SPEED UNDERCOVER tu dulu huhu, game yang penuh kontroversi, game yang buat awek aku merajuk tak sudah sebab asyik main game dan tak layan dia hahaha…



Wokey aku calow dulu nanti kalu sempat aku update lagi....



















Saturday, April 18, 2009

OH YUNA

yunalis zarai


Hem.... baru -baru ni industri seni tanah air kita dimeriahkan dengan kehadiran seorang artis baru dari indie band, kehadiran nya banyak menarik minat banyak pihak terutama dari kalangan remaja, dengan imej nya yang bertudung, artis yang aku maksudkan tak lain dan tak bukan adalah yuna @ yunalis zarai, kalau korang search kat youtube sure korang boleh jumpe banyak video nyanyian minah ni. Suara dia memang aku tak nafikan memang power, kalau setakat budak-budak AF tu tak payah cakap la memang tak boleh lawan punye, suara dia memang ada class tersendiri

Yuna yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya dapat perhatian penganjur persembahan akustik

Bermula daripada memuat turun lagu ciptaannya sendiri di dalam laman mencari kenalan popular di Myspace Music, anak tunggal berbakat besar bernama Yuna ini mencipta keajaiban yang cukup tersendiri.

Melalui medium Myspace itu, Yuna, mula mencipta rangkaian bagi mereka yang gemar berinteraksi secara maya. Tuah tidak hanya berhenti di situ, kehadiran Yuna menarik minat penganjur dan promoter untuk mengundangnya membuat persembahan akustik dan gig.

Dalam sekelip mata, gadis bertudung ini mula mencipta fenomena. Berpaksi kepada pegangan berani dan sentiasa percaya kepada impian, Yuna pantas meledak apabila lagu nyanyiannya berjudul Dan Sebenarnya mula menjadi siulan ramai.

Malah, menerusi capaian laman web Youtube, suara dan wajah Yuna lantas dikenali dan menjadi sebutan. Selepas lagunya mula berkumandang di stesen Fly FM dan Hot FM, mula ramai yang tertanya-tanya siapakah dirinya di sebalik suara dan imej bertudung yang jarang sekali lahir menerusi cabang indie. Kalau ada sekalipun, industri seni tempatan merentasi arus perdana pernah melahirkan artis wanita bertudung seperti Waheeda, Bienda dan Salima, sekadar menyebut beberapa nama.

Menurut yuna dalam satu temubual sebuah akhbar tempatan“Saya tidak menyangka akhirnya semuanya menjadi begini kerana dulu apa yang saya perjuangkan tidak lebih daripada berkongsi rasa muzik dengan orang lain. Saya mula menulis lirik seawal usia 14 tahun, malah saya akui dulu saya bukannya arif dalam bidang komposisi lagu. Beberapa tahun kemudian, saya bermain gitar, itu pun belajar sendiri. Saya mula merakamkan lagu diiringi gitar dan kemudiannya dimuat turun ke dalam komputer riba.

“Mulanya saya gentar dan wujud pandangan skeptikal, mampukah gadis bertudung yang bergerak secara bebas seperti saya boleh diterima. Macam-macam bermain dalam minda, malahan, saya pernah diejek sewaktu kali pertama membuat persembahan. Dengan imej saya yang sebegini, mungkin ada yang memandang lain macam.

“Saya harus berfikiran positif, lupakan perkara negatif yang mungkin mendorong saya daripada tidak terus berkarya. Saya lakukan ini semua bukan kerana glamor mahupun wang ringgit, ia adalah hobi dan

keghairahan saya. Saya juga belum layak untuk berada di arus perdana kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya di awal bicara.

Simpan 30 lagu ciptaan sendiri

SELAIN gitar, Yuna turut berkebolehan bermain piano dan bidang yang diceburinya kini turut mendapat galakan ibu bapa tersayang.

Ungkap Yuna, dia mula bertudung sejak berusia 19 tahun dan mempunyai lebih 30 buah lagu yang dicipta sendiri. Memperjuangkan muzik pop rock, Yuna pernah menghasilkan album EP memuatkan empat lagu berbahasa Inggeris dan sebuah lagu Melayu. Khabarnya juga sudah ada syarikat rakaman tempatan dan luar negara yang mula berhasrat untuk menyunting Yuna.

Album itu dibikin menggunakan modal duit bapanya dan lagu Deeper Conversation menjadi single pertaruhannya. Lagu itu mula dimainkan di Fly FM dan kebetulan Hunny Madu mengenalinya sebagai kawan. Bahkan penyampai radio Fly FM itu yang mula memutarkan lagu itu. Sehingga kini, suaranya mula dikatakan mirip penyanyi Norah Jones dan Colbie Caillat.

“Bukan semua lagu saya berentak perlahan dan melankolik. Mungkin apabila ada yang mendengar lagu Deeper Conversation, mereka mengandaikan suara saya persis penyanyi luar negara. Hakikatnya saya memperjuangkan muzik pop rock dan rata-ratanya lagu yang dihasilkan berkait dengan pengalaman diri sendiri dan cerita kawan.

“Saya tak adalah jiwang sangat, biasa-biasa saja. Tipu kalau saya cakap saya tak pernah mengalami fasa bercinta dan kecewa, pengalaman lumrah itu saya salurkan ke dalam muzik. Album EP saya selalunya dijual sewaktu saya membuat persembahan dan turut dijual di beberapa stor muzik terpilih.

“Alhamdulillah, jualan album EP berjaya dijual sebanyak 2,000 cetakan. Dengan hasil jualan itu, saya sedang merancang untuk membikin album penuh memuatkan sekitar 10 lagu. Dua daripadanya dalam bahasa Melayu, manakala selebihnya dalam bahasa Inggeris.

“Sebahagian daripada keuntungan jualan ini juga saya kembalikan semula kepada bapa saya di atas modal awal yang dilaburkannya,” kata Yuna sambil memberitahu lagu Dan Sebenarnya turut diputarkan di Cats FM dan stesen radio di Melaka.

Mahu jadi peguam

SEJAK kecil, cita-citanya mahu bergelar peguam mengikuti jejak bapanya yang bekerja di syarikat guaman. Dunia nyanyian hanya datang tanpa dipinta dan Yuna mengikuti jejak seperti Allahyarham Sudirman dan pelakon Lisa Surihani yang memilih bidang undang-undang dalam masa yang sama, mengasah bakat sebagai anak seni.

“Saya masih ada keinginan untuk bergelar peguam suatu hari nanti, cuma ketika ini saya ketepikan dan seimbangkan ia dengan nyanyian. Ke depan nanti, saya juga bersedia untuk mencipta lagu kepada mana-mana artis yang ingin menggunakan khidmat saya,” katanya yang berminat menulis lagu untuk projek dokumentari contohnya untuk filem pendek indie berjudul The Value Of My Sanity.

Ditanya mengenai bagaimana dia mampu menghasilkan lagu yang cukup puitis, insan kreatif ini berkata semuanya berlaku tanpa diduga. Katanya, waktu malam selalunya menjadi ruang yang mana cetusan inspirasi terus berkembang.

“Apabila tak dapat lelapkan mata, tiba-tiba akan teringat satu situasi atau bayangan keadaan. Bermula dari satu baris ayat, ia dikembangkan dengan alunan muzik mahupun tanpa melodi. Waktu memandu juga ada kalanya saya tak semena-mena boleh timbul idea mencipta lagu,” Terbukti yuna seorang yang memang berbakat semulajadi sepertimana pencipta-pencipta muzik tanah air yang lain




PENDAPAT PERIBADI


Dari segi pengamatan peribadi aku sepajang aku folow cerita budak yuna ni dapat aku simpulkan yang budak yuna ni memang seorang yang berbakat besar dalam bidang seni yang dia ceburi, dari segi penerimaan rakyat malaysia pulak aku tengok sangat positif , rakyat malaysia sangat teruja dengan penampilan yuna, yelah seorang gadis yang menceburi bidang nyanyian tapi masih mengekalkan imej bertudung dia tu


Tutup Aurat ke ni??


Hem…. Mentaliti rakyat malaysia la ni memang agak memeningkan kepala aku, yela pada mereka istilah menutup aurat hanayalah dengan menutup kepala yakini dengan memakai tudung dan apabila muncul seseorang yang seperti ini, orang itu akan disanjung dan dipandang mulia… tak percaya korang bukak la video yuna kat dalam youtube tu, semua nye memuji – muji dengan imej yang yuna bawak, “ wa… cayalah yuna masih pakai tudung walaupun dah glamour ‘ “ teruskan perjuangan mu yuna we all sentiasa support u “



Demikian la antara komen – komen yang bakal korang jumpe dalam setiap video yang korang bukak, semua menyokong tak ada sorang pun yang aku tengok beri teguran pada yuna, maybe benda-benda ni la yang membuatkan yuna terus hanyut dalam dunia dia sendiri…, aku teringat pesan sorang ustat masa kitorang duk borak kat kedai wak daeng belakang umah aku, dia kata syaitan ni sentiasa akan bereusaha sedaya upaya untuk bawak seramai mana anak cucu cicit adam ni bersama dengan diorang masuk dalam neraka, so diorang akan usaha dengan berbagai cara, diantara nya adalah menghasut manusia agar melihat sesusatu benda yang haram itu menjadi hala dengan menyelitkan beberapa perkara yang halal dan indah.



Sebagai contoh kita ambik kes yuna ni, sekarang ni orang nampak yuna ni sebagai satu ikon yang sangat perfect, sebabnya ? sebabnya hanyalah kerana yuna bertudung disamping suara nya bagus sehingga menyentap hati anak-anak muda, sampaikan ada yang berkata “ ha ni baru betul ! walaupun menyanyi tapi masih tutup aurat..” masyaallah… tekejut aku… adakah rakyat di malaysia boleh aku ketegotrikan sebagai jahil?? Tidakkah mereka tahu makna sebenar menutup aurat tu sendiri terlalu luas, bukan hanya dengan memakai tudung semata? Kalau pakai tudung tapi seluar ketat ? baju ketat ? tutup aurat ke macam tu ? perempuan menyanyi atasa pentas dengan disaksikan ratusan dan ribuan orang apepulak hukum nya? Sedangkan dalam islam ada menggariskan beberapa panduan untuk wanita berpakaian dan islam sendiri sangat –sangat menitik beratkan soal berpakaian…

Hem… tapi tula benda ni semua dah jadi kebiasaan di negara kita sampaikan orang dah lupa macam mana cara sebenar berpakaian dalam islam, tak taula lupa ke buat-buat lupa, aku rasa hanya 5% je perempuan kat malaysia ni yang betul-betul berpakain, aku mintak maaf la kalau ada yang terasa tapi tu la hakikat nya, family aku pun sama jugak tapi alhamdulillah la dapat jugak aku tegur sikit-sikit, adalah perubahan nya, tapi kalau akak aku memang aku angkat tangan la sebab dia ada laki so terpulang la pada laki dia macam mana….



Sebelum aku habis sepuluh jari aku susun aku mintak maaf la andai ada yang terasa hati dan terguris terutama pada yuna dan peminat nya yang ada terbaca artikel aku ni, bukan niat aku nak jadi pengkritik atau nak tunjuk bagus, aku sekadar meluahkan pandangan aku, erm… walaupun selemah-lemah iman tu menegur dalam hati tapi ianya jauh lebih mulia dari menyokong dan menyukai sesuatu yang haram itu..

Wassalam…