bagaikan permata dicelahan kaca
kerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan ku pasrah harapan
moga tak tersalah pilihan

Nurkasihmu mendamai di kalbu
jernihnya tulus ada dalam doaku
rahmati daku dan permintaanku
untuk bertemu di dalam restu

kurniakan daku srikandi
penyeri di mata
penawar dihati didunia dialah penyeri
di syurga menanti ia bidadari

kekasih sejati teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua kerana keduniaan
mekar hidup disiram nurkasih

ya Allah kurniakanlah kami
isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata

ditanganmu tuhan kusandar impian
penentu jodoh pertemuan
seandainya dirinya tercipta untukku
relaku menjadi miliknya