Sunday, September 13, 2009

AKHIRAT.....


Herm... ada seseorang citer kat aku pasal hari pembalasan, hari akhirat.... aku rasa citer ni best untuk kita kongsi bersama... jom tengok...

  1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kauthar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
    1. Pemimpin yang adil.
    2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
    3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
    4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
    5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
    6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
    7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
  12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
  14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
    a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
    b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
    c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
    Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
  27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Masyaallah.... renung renungkan dan selamat beramal

Monday, September 7, 2009

BADAR AL - KUBRA


Pada 05/09/09 DPPNJ telah menganjurkan program HIMPUNAN BADAR AL KUBRA sempena mengingati pristiwa perang badar tersebut telah berjaya menghadirkan diri ke program ni, almaklumla dah tak kerja ni hehehe.

Program himpunan ni adalah acara tahunan yang telah di jalan kan beberapa tahun yang sudah, sebelum ni pontian telah menjadi tuan rumah dan tahun ni mersing telah dipilih sebagai tuan rumah, aku bertolak dari pontian dalam pukul 11 bersama azid dan ustad daud, walaupun ustat daud dah tak ada dalam pemuda tapi dia memang suka ikut program2 pemuda, seronok dia kata,

Sampai je kat markas mersing aku tengok bungkusan dah siap packing, unit amal tgh sibuk memasak kat penanggah,meriah jugak aku tengok lauk lauk nye, mana tak nye, kambing je dah lima ekor, Lepas diberi tak limat oleh ustaz azam kawasan di bahagikan, aku kena kat kawasan tanjung genting, lepas dah siap semua kami pun bertolak,

Nostalgia jugak bila jalan kat mersing ni…, macam macam kenangan yang datang menjelma dalam pemikiran aku,maana tak nye ni lah dulu jalan yang aku lalui masa study kat ganu dulu, naik motor je, kalau pikir2 balik memang giler, kalau sekarang ni bagi motor wave shima kat aku pun aku tak kan sanggup nak ride sampai mersing ni, jauh giler….

Sampai je kat tanjung genting aku macam terpana seketika…., baru beberapa hari ni aku mengomel kat nana cakap rumah aku buruk la ape la, tapi bila tengok keadaan kat sana, bertapa bertuah nya aku rasa ada rumah yang aku ada sekarang ni….. astagfirullah…, betapa aku adalah mahluk yang tak tau nak bersyukur…, betul la macam orang selalu cakap… kalau kita rasa kita cantik ada lagi yang lagi cantik dari kita, kalau kita rasa kita paling hebat. Adala lagi yang lebih hebat dari kita, macam tu jugak sebalik nya, kalau kita rasa kita susah, kita miskin.. ada lagi yang lebih susah dan lebih miskin dari kita… aku jadi insaf dibuat nya…


Rumah salah seorang fakir miskin di tanjung genting



Lepas majlis pembahagian sumbangan dan berbuka puasa di rumah sorang jemaah aku balik semula ke markas air merah untuk isyak, terawikh dan program selanjutnya

Program malam adalah lebih kepada ceramah tentang perjuangan pas, barulah aku rasa terbuka sikit minda dan menambah lagi kefahaman tentang ape yang kami perjuang kan selama ni…

Kerajaan Bn wajib ditumbang kan.. kerana telah merosakkan akidah rakyat malaysia dengan membawa ajaran islam separuh dan sekuler separuh, sedang kan kita sedia maklum bahawa islam itu sediri ada lah menyeluruhmerangkumi segala aspek kehidupan duniawi dan akhirat, semua ada disediakan.. berpakain secara islam, jberniaga secara islam, buang air secara islam, dan termasuk lah pemerintahan secara islam.. tak ada apa yang tak lemgkap dlam islam… semua nya ada…, tapi oleh kerana kepala kepala jahanam yang telah mengasaskan satu cara hidup yang baru, cara hidup yang mereka reka sendiri dengan kepala hotak mereka sendiri, dan menolak mentah mentah apa yang ada didalam alquran, dengan bangga meraka mendabik dada mendakwa bahawa inilah cara yang terbaik untuk memerintah, aku lah yang mencipta nya, dan jika kamu tidak memilih cara kami nescaya negara kamu tidak akan boleh maju, kamu tidaj akan hidup senang…. Inilah kata kata kepala kepala jahanam yang telah mengasaskan satu tuhan baru dan cara hidup baru yang di namakan UMNO, dengan angkuh menolak ape yang telah diturunkan dalam alquran, tapi mereka hanya berani mendabik dada didepan penyokong penyokong mereka apabila diajak berdebat mereka lari… sebab nya mereka sudah tahu yang mereka tiada hujah untuk menidakkan apa yang ada didalam alquran, meraka tidak yakin dengan janji allah dan rasul, bahawa islam adalah satu satu nya cara untuk selamat didunia dan akhirat..

Setelah 52 tahun kita merdeka di bawah UMNO bersama ajaran islam plasti UMNO apa yang ada untuk umat islam di malaysia? Adakah syiar islam tertegak di bumi malaysia ini? Anak anak muda kita masih ada yang bekerja di tempat tempat menjual arak (S.Eleven) dikilang arak, lesen lesen arak dan judi dikeluarkan,adakah mereka kisah? Yang penting poket mereka penuh, sedang kan dalam al quran telah menyebut dalam bab arak ini, dari yang memerah menjual dan apa sahaja yang berkaitan dengan arak adalah haram, ada mereka kesah? Kenapa mereka bimbang dan takut dengan pejuang pejuang islam? Sebab mereka tahu apa yang mereka bawa itu adalah kebenaran, dan jika tertegak nya syiar islam di malaysia ini sesungguh nya mereka akan merempat di tepi jalan kerana sudah tiada lagi sumber kewangan yang mampu mereka peroleh… kerana sumber mereka dari yang haram belaka…. Kerna selama ini mereka menepikan islam demi kepentingan sendiri..Mampus UMNO…

Mufti perlis pernah mengeluarkan suatu analisa yang mengatakan sejak UMNO memerintah, seramai 250 ribu orang telah murtad dimalaysia, apa yang UMNO dan BN laku kan? Kesana kemari dengan slogan mereka DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA tapi agama apa yang mereka perjuangkan? Ajaran islam plastik?? Mampus UMNO…Tengah dok sedap sedap dgr nceramah, perut aku pulak lapo hahaha ape lagi g kat dapu selongkar periuk, banyak lagi makanan, aku pun melantak la dulu dengan muka tak malu nye hehehe

Habis ceramah dalam kul 12.00 diorang mkn jap tapi aku dah kenyang dah so rilek kat tepi semak isap rokok, hehe mcm budak sekolah pulak, bukan ape segan la…lepas siap diorang makan ada tadarus al quran, aku partner 3 orang dengan azid ngan ustat daud, amik surah khafi ayat satu sampai 50 pastu dah, pastu tido……

Pukul 3 lbh bangun untuk qiamulail, dapat jugak la aku buat solat sunat taubat dengan solat hajat, macam macam aku mintak, ni la manusia hehehe..,

Lepas subuh ada kuliah, kuliah yang di kendalikan oleh ustaz ibrahim, dia ni bekas pelajar pondok, memang best kuliah dia….banyak yg diceritakan yang membuat aku tertunduk keinsafan… rasa nya tak sempat aku nak tulis malam ni, insyaallah esok aku buat tajuk lain, dia ada cerita jugak pasal badar kubra, meh aku story sikit pasa al kubra yang diceritakan

Tanggal 17 Ramadan 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 150 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra sepanjang zaman. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Setelah umat Islam terpaksa berhijrah kerana agama, meninggalkan kampung halaman turun temurun, sanak saudara serta harta benda mereka di Mekah, Rasulullah saw tidak membiarkan kerugian ini berlarutan tanpa pembelaan untuk umat Islam dan pengajaran kepada kaum yang zalim. Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah saw merancang untuk merampas harta dagangan tersebut. Di Mekah dahulu, umat Islam diminta bersabar oleh Allah swt dalam menanggung derita, melalui ayat Al-Quran, “Wahai orang-orang beriman, tahanlah tangan-tangan kamu (jangan bertindak terhadap orang-orang yang menyiksa kamu), dan dirikanlah solat” (Al-Quran). Solat sahaja adalah tindakbalas yang boleh mereka lakukan apabila disakiti atau dianiaya oleh Quraisy.

Setelah Hijrah, turunlah ayat “Diizinkan (berperang) kepada yang diperangi kerana mereka dizalimi. Dan sesungguhnya Allah berkuasa memenangkan mereka. (Iaitu) orang-orang yang dihalau dari rumah-rumah mereka (di Mekah dll.) tanpa (alasan yang) hak, melainkan mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Allah ” (Al-Quran). Umat Islam Muhajirin dizalimi dan kini Allah izinkan perang. Rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah saw menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang. Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad saw kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering. Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Bilangan mereka turut serta mencapai 313 orang kerana untuk memikul pulang ke Madinah harta rampasan dagangan, bukan untuk berperang, tetapi Allah mengatur dan mahukan mereka melawan 1000 tentera yang lengkap bersenjata untuk berperang. Demikian aturan Allah pada kali ini, lain dari kecenderungan dan harapan hamba-hambaNya di Madinah.

Tu je lah yang mampu aku kongsikan pasal perang badar ni…letih dah nak tulis ni… ngantuk tak ilang lagi ni,

kuliah abis,dalam dekat2 kul 8,lepas tu acara bebas, pukul 9 ucapan penutupan oleh khairil faizi (ketua dewan pemuda pas negeri johor) pastu balik singgah jap kat kilang buat kuih kapit, azid borong abis, aku tengok je la, nak jugak beli tuk orang tua tapi duit tarak, aku drive dari mersing ke pontian sebab azid dah tak larat hehehe balik terus tertido…. Pom…!



Tempat aku berteduh



Ustaz ibrahim, best tul kuliah yang dia bagi,




rakan rakan dari bakhri muar




azid dengan ustaz daud


bungkusan yang dah siap sedia nak diagihkan kepada yang layak




tadarus sebelum tido, ustat daud kata baca 50 ayat je nanti jadi tak pelupa, terus sadakaallahhulazim




upacara penyampaian oleh ustaz nasarudin (ketua pemuada pas pusat)



orang sibuk membungkus aku buat buat sibuk amik gambar, curi tulang hehehe




jungle tracking




aksi terlampau seorang ustaz hehehe




anak sapa lani.... bagus buat menantu ni, tapi kerja tak ada :p



acara kuak lentang



mamat yang rambut panjang tu a samad said johor, malam tu dia baca saja peargh...




huargh... sedih nak balik....



selamat tinggal mersing.. sekali lagi kau meninggalkan kenangan dalam hidup ku