Saturday, August 22, 2009

Orang berpuasa



Puasa adalah salah satu daripada rukun islam yang wajib dilaksanakan oleh umat islam, bermakna apabila kita berpuasa ianya sama dengan amal ibadat wajib yang lain, satu hari berpuasa bermakna satu hari itu kita sedang beribadat, namun ada beberapa perkara yang sering kita perhatikan terjadi dikalangan masyarakat yang tak sedar mereka sedang beibadat (walaupun berat hati nak posting sebab terkena diri sendiri tapi post jugak la untuk kesedaran bersama).. jom tengok


Ada orang berpuasa tapi…..

Tak sembahyang lima waktu


Ada orang berpuasa tapi…..

Mengumpat


Ada orang berpuasa tapi…..

tak tutup aurat, pakai baju ketat - ketat


Ada orang berpuasa tapi…..

Beli no ekor, magnum toto sapu bersih


Ada orang berpuasa tapi…..

Buat maksiat, pergi dating pegang pegang tangan,


Ada orang berpuasa tapi…..

Menyanyi terlalak lalak atas pentas, k box dll pada waktu siang atau pun malam


Ada orang berpuasa tapi…..

Mendajal orang lain, dengki orang lain.


Ada orang berpuasa tapi…..

Makan rasuah, mintak duit kopi buat beli juadah berbuka


Ada orang berpuasa tapi…..

Menipu orang, menipu kerja,


Ada orang berpuasa tapi…..

Mencuri harta benda orang lain


Ada orang berpuasa tapi…..

Makan sembunyi sembunyi waktu siang


Ada orang berpuasa tapi…..

Tak pergi terawikh


Ada orang berpuasa tapi…..

Berusaha Mencari cara untuk tidak penat dan lapar di siang hari


Ada orang berpuasa tapi…..

Pikir benda bukan – bukan


Ada orang berpuasa tapi…..

Tengok blue dan porno


Ada orang berpuasa tapi…..

Borong semua makanan kat bazar macam 14thn tak makan


Ada orang berpuasa tapi…..

Banyak lagi la.. aku pun tak tau huhuhuhuhu


Apepun selamat berpuasa untuk diri aku dan korang semua, semoga kita dapat mempuhi ramadan ini dengan penuh keimanan

Amin….


Friday, August 21, 2009

Ramadhan al mubarak


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan…


Ramadhan muncul lagi… bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan… setiap kali muncul ramadan aku akan rasa penuh debaran.. adakah aku akan dapat tempuh ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan? Adakah aku akan sia sia kan bulan yang mulia ini? Dan mungkin kah ini ramadhan yang terakhir akan aku temui ? hem…. Semoga aku ada kekuatan untuk tempuhi semua ni…

Wednesday, August 12, 2009

Andai dapat ku undurkan putaran dunia



herm... time - time macam ni mula la nak jadi sensitif, ni yang aku tak suka ni.. tak pasal-pasal pegi layan rojak mee kat mamak depan padang sorang -sorang, tengah dok layan mee terpandang pulak jam besar kat padang tu terpikir jugak aku kalau lah aku boleh undurkan masa mesti aku akan putarkan balik pegi zaman sekolah - sekolah dulu... zaman yang indah.. dan yang pasti aku tak akan sia - sia kan nya, tapi kalau di fikir fikir balik masa zaman sekolah dulu aku tak ada lah bodoh mana pun.. ramai lagi member aku yang jauh ketinggalan waktu tu, tapi kenapa aku yang paling sangkak sekarang? aku pun pelik... bile terjumpe kawan - kawan lama mesti aku yang paling sangkak... kenapa ea?
mungkin belum tiba rezeki aku agaknya tapi yang pasti sekarang ni aku tak nampak masa depan aku... bukan samar - samar tapi gelap.. tak tau mana aku nak tuju.. serabut je rasa.., macam - macam terbayang dalam kepala aku..pasal kawin la pasal masa depan la.. herm..., seru kawin rasa - rasa nya dah sampai tapi bila tengok bab kemampuan memang tak boleh lagi.. tapi tu la bila berbicara bab kemampuan ni agak confius, yang di maksudkan berkemampuan tu sebenarnya macam mana?kalau mengikut konteks di zaman sekarang ni aku beranggapan bahawa istilah berkemampuan tu lebih kepada kemampuan untuk menyediakan duit hantaran... mana tak nya, tengok jela sekarang ni hantaran semua ber k k k, 10k 8k 7k, 5k? erm tak wujud lagi kot..
aku rasa benda ni semua tak akan berlaku kalau mak bapak zaman sekarang ni faham konsep sebenar walimatulurus itu sendiri, mak bapak sekarang ni dah macam nak jual anak pulak aku tengok... macam la anak dia tu tak balik terus lepas kawin, dalam hal ni aku tengok anak-anak yang jadi mangsa, mak bapak seolah-olah lebih rela melihat anak gadis mereka berkepit kesana kemari daripada mengkahwinkan anak mereka dengan hantaran yang murah, ada yang bertunang sampai bertahun semata mata untuk menyediakan duit hantaran yang diminta oleh keluarga perempuan..., kalau dah tunang lama-lama macam - macam boleh jadi.., alasan yang sering didengar malu pada orang kg dan jiran setaman, kalau buat kenduri kecik kecik nanti orang kata kena tangkap basah, nanti kalau ahli jawatan kuasa tingkap tanya, malu nak sebut jumlah hantaran...
hakikatnya mereka lebih mementingkan hari yang satu hari tu (hari majlis) daripada hari selepas satu hari tersebut,mungkin orang kg tau jiran setaman akan membantu untuk membayarkan jumlah hutang yang telah dibuat untuk majlis perkahwinan tersebut atau mungkin mereka akan hantar beras dan lauk pauk kerumah untuk menampung keperluan makanan seharian...
lebih parah lagi trend masa sekarang ni buat loan dengan bank untuk kawin, kawin dah macam beli kereta, ada yang kena down payment ada yang tak payah, full loan terus, janji tiap tiap bulan bayar, hari - hari boleh pakai... hem.. sampai macam tu sekali kan.... ish2....
apela aku merepek pulak cerita pasal kawin ni... kerja pun tak ada, ada hati nak cerita pasal kawin...gilo...
sedar tak sedar dah makin gelap dah... mengelamun sampai tak ingat dunia... aduh... sangkak sangkak.... esok nak kena mengadap lagi hari yang macam ni.... ape aktiviti aku esok? habiskan tengok kartun dalam laptop, habiskan baca komik dragon ball sampai episod 42 lepas dah habis semua aku nak buat ape? aduh..... member semua dah tak ada kat pontian, aku pun ingat nak berhijrah jugak la... tapi orang tua aku kat umah siapa nak teman kan? tapi selalu pun aku bukan ada kat rumah pegi kerja balik kerja dah malam, tapi aku yakin walau pun adanya aku kat rumah tu macam tak ada tapi aku rasa ianya ada membawa makna kepada kedua orang tua aku... aku rasa la, tak tau la kalau sebalik nya...
herm... terus bermenung...

Tuesday, August 11, 2009

hari pertama

herm hari ni hari pertama aku sebgai pengangur.. Bosan jugak sbb dah bertahun x hadap hari yang mcm ni.. Dengan orang tua sepatah pun tak bercakap, semalam subuh pukul 5 baru aku balik, mak aku pun tak tanye ape - ape.. Entah la dia marah sebab aku berhenti kerja ke ape ke aku pun tak tau.. Biase la aku pun dah pernah alami benda macam ni dulu.. Time tak ada kerja orang akan pandang semacam je punye.. Semua nak jauhkan diri.. Sedih jugak aku sebab kena hadap benda ni sorang sorang, tp nak buat mcm mana... Dah memang salah aku agak nya..

Monday, August 10, 2009

Aku Penganggur.....


herm..... hari berapa hb ea? 10/08/2009 kot, tak kesah la berapa hari bulan yang pasti hari ni aku dah dibuang kerja huhu, tapi aku di buang kerja ke? sebab aku rasa aku tak ada kerja dengan mana - mana company pun semenjak contrac aku dengan megan karisma tamat 1/8/2009..., ape yang berlaku hari ni? meh aku story sikit,
memang pada asal nya aku dah tak berapa berkenan pun dengan cara company baru yang berlagak nak mampus ni, aku ingat lagi ayat dia "85 orang satu malaysia tunggu nak kerja dengan dia" takbur sungguh.., memandang kan hati aku yang dah memang panas dengan bos belagak ni so aku sahut cabaran dia.., asal nya aku cume isu kan pada dia, aku nak dia jawab kenapa setelah seminggu aku kerja tak ada langsung ofer letter dari company dia, tak pasal - pasal dia nak mengamuk... aku tanya dia sekarang ni aku kerja dengan sape? berapa gaji aku? ape benefit ? semua tu tak tau sebab tak ada ofer letter langsung.., dia kata hari tu kan dah bagi tau semua, memang betul tapi semua tu cakap mulut semata, kalau bawak pegi mahkamah pun aku kalah, ape salah nya buat ofer letter? susah sgt ke? kata company besar? tak pasal - pasal dia sound aku awak berminat tak nak kerja kat sini? kalau tak minat boleh keluar sekarang, so aku sahut cabaran dia aku bangun terus keluar dari bilik meting, selesai....
aku agak kecewa la dengan member2 yang lain masa kat luar bukan main lagi berapi bercakap tapi bila kat dalam bilik meting senyap terkulai.... sehati sejiwa la ape la... ish2... bukan nak mengungkit la tapi aku jugak yang rekomen diorang kerja kat situ, biar la rezeki masing - masing kan, mungkin rezeki diorang kat situ... last - last aku dengan amir je yang blah...
hem... walau pun aku agak kecewa hari ni sebab orang yang aku harapkan untuk berkongsi sama hal ni menyatakan ketidaksanggupan untuk menemani aku waktu ini disebabkan peperiksaan tapi aku dapat jugak melakukan sesuatu yang selama ni aku tak dapat lakukan, akhirnya aku dapat meninggalkan suatu kenangan di PTP, walaupun kenangan yang pada aku tak indah langsung tapi ianya sesuatu yang bermakna... ape dia? biarla rahsia hahaha...

erm... tawa dalam tangisan.......

nak pegi shah alam
nak pegi shah alam
nak pegi shah alam
nak pegi shah alam
nak pegi shah alam
nak pegi shah alam
nak pegi shah alam

tapi ape kan daya........