Monday, July 27, 2009

D.I.Y project


Kali ni aku ada lagi stu projek D.I.Y (do it your self ) untuk aku share bersama, mana tau ada yang nak cube buat projek mengarut ni kan, projek aku kali ni adalah untuk menggantikan speaker telur 6x9 yang faul kat pintu aku tu, dalam post yang lepas aku ada tunjuk speaker tu, kalau setakat nak ganti memang tak ada masalah, Cuma yang jadi masalah nye adalah aku dah pun tebuk lubang untuk saiz 6x9 kat pintu tu so kalau aku masuk yang 6 inchi kan dah jadi lodos, so aku kena cari satu altenatif macam mana nak buat lubang yang baru, meh aku tunjuk macam mana aku nak setel kan benda ni

1st sekali aku kena cari satu papan papan yang sesuai ketebalan nye untuk lapik speker ni, aku cari papan yang tebal lebih kurang 1 inchi untuk mengelakkan daripada power window aku sangkut masa diturunkan kerana ni lah masalah yang aku hadapi masa aku pasang 6x9 dulu yang di pasang tanpa lapik, akhirnya aku jumpe satu papan yang sesuai untuk job ni yaitu papan meja bos aku, so hari sabtu hari tu dengan berbekal kan griander aku berjaya memotong meja bos aku dan telah selamat di bawa keluar dari pelabuhan



Kemudian papan tu aku potong mengikut ukuran yang aku dah agak agak ngam dengan tempat yang aku nak bubuh speaker pastu potong…

Buat la bentuk sikit biar nampak senonoh, pastu ukur diameter speaker untuk buat lubang pada kayu, setelah selesai buat pulak lubang untuk skru dan nat, ni lah hasil nya






Tapi tak kan nak bubuh dalam kereta macam ni je kan? So aku pun cari la benda untuk balut papan ni, lepas aku riki – riki jumpe la jugak karpet yang orang selalu buat balut woofer tu, boleh tahan la harga dia, 1 ela dam rm 30 tapi aku beli sikit je la dalam rm 15






Untuk projek membalut ni aku tak banyak jugak la tool yang diperlukan,

  1. gam dunlop
  2. berus gigi untuk sapu gam
  3. gunting

aku sebenarnye tak ada skill pun nak wat balut – balut ni tapi bak kate orang langgar jela, macam motto sekolah aku dulu, rajin usaha tangga kejayaan, so aku pun cube je la..



first aku ukur dulu bagi ngam - ngam dengan papan



dah ngam ngam pastu potong ikut saiz yang dah diukur tadi,pastu apa lagi balut la ikut kreativiti sendiri




balut punye balut, gam punye gam akhirnya siap jugak la kerja seni yang tak berapa seni ni, pastu bubuh speaker dan dah siap pun… huhu last sekali aku pun skru la kat tempat yang aku dah ukur tadi, dan ni lah ropenye…





dah siap semua boleh la disekrukan di tempat yang sepatutnya, siap dah pun

Friday, July 17, 2009

WANITA IDAMAN TERUNA



Antara ciri - ciri wanita yang menjadi dambaan lelaki... termasuk aku,

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

tapi layakkah aku untuk mendambakan wanita yang sebegini? adakah aku sudah cukup sempurna untuk mendambakan sesuatu yang sempurna? jodoh pertemuan, ajal maut di tentukan oleh allah.... terima lah dengan hati yang terbuka, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah nya.. hikmah yang belum kita ketahui... sesungguh nya allah itu maha pengasih dan maha penyayang

seandainya seseorang itu telah ditakdirkan tercipta untuk diri kita, walau macam mana pun akhirnya pasti akan bersatu dan begitu jugalah sebaliknya..., kita hanya berusaha dan tuhan yang menentukan nya...

Saturday, July 11, 2009

MISSION ACOMPLISH...


Semalam aku wireing balik sound sys tem kat kereta aku, tak puas hati betul aku dengan bunyik dia, macam ada something wrong je,kuat memang kuat tapi tak sedap, ada yang tak kena, bunyi tak seround pulak padahal sony player aku guna system 4 way,mustahil tak boleh suround…., hari tu aku ada burn cd sendiri, bukan kat kereta aku bunyik biasa-biasa je, pastu bile aku bg kat yus cd tu aku dengar kat myvi dia bunyik jadi lain, padahal system dia standart je, power lagi aku punye.., aku bukan nak bunyik power2 samapi duduk kat tepi laut bukak bonet blakang, tapi aku nak bunyik yang sedap dalam, bunyik yang lembut dan halus…

Aku pegi kedai chew ming tanye dia,, boleh wireing balik speaker aku direct pegi player, dia belek2 system dia dia kata tak payah buat macam tu sbb nanti jadi lagi tak sedap, dia suggest aku upgrade aku punye mid dengan wirering balik amp secondry, aku tanye berapa modal dia kata bagi special price rm480, mid stealer rm300 + wirering balik secondry amp rm 180, peargh… giler la..

Aku balik – pikir jap, aku rasa teory aku nak wat direct boleh guna, by pass amp secondry dengan pre amp, sbb aku rasa benda ni yang buat faul, so aku nekad je la semalam lepas magrib aku mulakan project huhu…Cabut seat depan by pass secondry amp, buat cable baru ke mid direct pergi player tak payah pakai pre amp sbb preamp aku ni cap ayam, berpeluh jugak aku nak siap kan, tapi hasil nya amat memuas kan, aku dapat bunyik yang aku nak, woofer pun bunyik mampat, tak ada la berdengung sgt, patut la cina tu tak buat sbb benda ni memang leceh, kalau dia buat aku tak tau la berapa dia cas aku…

System dalam kereta aku ni simple je, majoriti nye cap ayam, dah lama ada dalam kereta tapi system tak betul, tapi cap-cap ayam pun banyak jugak la aku habis kalau kire satu2… jap aku cube list kan berapa aku dah habis tuk sound ni semua aku beli sikit – sikit dari dulu..

  1. amp Brothers 1000w = rm 350
  2. tweater caliber = rm 70
  3. woofer 12 inchi = rm 350
  4. fius box siap cable + wirering = rm 80
  5. 2 x mid clarion = rm 140
  6. 2 x mid boshman = rm 60
  7. secondry amp = free org bagi
  8. sony player = rm 248
  9. pre amp caliber = rm 45

total = rm 1343

wa… banyak jugak tu, padahal banyak aku guna cap ayam, beli sikit2 pulak tu selama 3thn ish2… ni baru system bodoh macam ni je..macam mana la agak nye yang diorang buat power2 tu, rm10k pun tak cukup ma…,


Player sony dengan pre amp yang aku dah tak guna, nak cabut pre amp tu nanti nampak kosong pulak, player ni la yang berjaya membuat sound aku best tapi bergantung pada betul ke tak betul cara kita wireing spraker dia, dulu aku pakai player standard kancil tapi memang tak boleh blah bunyi dia



Mid "Boshman local "yang ni paling faul, silap aku jugak sebab masuk 6x9 kat depan, sepatutnya pakai 6", nak tuka dah jadi masaalah pulak kena tebuk lubang baru, lagi kecik pulak tu...



tweater "caliber" yang ni prestasi dia tak mengecewakan aku, halus je bunyi dia sebab dia dah siap build in cross over.so bunyi dia ada sedap sikit, benda ni nampak macam tak penting je tapi peranan besar wo..



mid belakang "clarion local" hem so far ok la bunyi dia.. cume bass agak kureng



Power Amp "brothers" tulis 100w tapi x tau berapa rms, kecik je kot, tapi ok la bantai 12 inchi boleh tahan jugak bunyi,



lastly woofer 12 inchi yang ni antara yang paling penting, x ada ni memang tak best,tapi jadi isu jugak kat mak aku sebab susah nak taruk barang, tapi dia boleh cabut2, senang je, cable aku bagi panjang sikit



hem kesimpulan nya kalau nak betul2 main speaker meamang kena modal banyak, tapi untuk ape kan? nak buat sampai jadi speaker cam stadium bagi orang dengar,untuk kita sedap dengar sendiri ok la, kalau duit makan tak abis boleh la tak pun kalau bapak aku dato ke,memang aku bikin power2 punyer








???????

Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu


Wednesday, July 8, 2009

UPIN & IPIN


Hari ni pepagi lagi mak aku dah kejut, aku yang tengah mamai-mamai dengar mak aku cakap akak aku dah bersalin, dalam sedar dengan tak sedar aku mengangguk, tak lama pastu along sampai amik mak dengan ayah pegi ke sultanah aminah johor bahru, suke betul aku tengok diorang, almaklum la orang dapat cucu la katekan, aku yang tengah mamai-mamai sempat la jugak hantar sms kat yus cakap yang upin dengan ipin dah lahir, kat sya pun aku hantar jugak sms, tapi dia just balas tahniah… hampeh.. kecewa tul aku baca sms dia, tak ada riak kegembiraan langsung, kol pun tidak, hangin aku, ape masalah pun aku tak tau,


Lepas solat aku tengok cam awal lagi, aku pun ape lagi landing la kat atas katil, cuaca pun cantik je, terus telelelap…. Sedar-sedar dah pukul 8.15, menggelabah aku, terus siap-siap pergi kerja… bawak kereta dah macam orang giler huhu….. sampai tempat kerja dah kul 9.30, tengok kiri kanan line clear terus pergi sarap…

Tengah hari aku cabut jap dengan boboy pergi hospital, dapat jugak la aku tengok akhirnya upin dengan ipin, huhu muka sama…., ayah dengan mak dah siap dukung-dukung dah…aku pun tak boleh lama so pukul 1 lebih aku pun angkat kaki balik opis,


Petang tadi doktor bagi kak ngah keluar, mak dengan wadi patah balik ke johor pegi amik upin dengan ipin, lama jugak la urusan nak keluar hospital, pukul 9.00 baru sampai rumah, maman, uda, afif bukan main kecoh lagi tengok adik baru diorang, macam – macam soalan dorang tanya tak telayang aku dibuat nya… apepun semua happy…. Selamat datang aku ucap kan pada upin dan ipin !!



mak dengan ayah yang tengah seronok dukung upin denan ipin
upin




ipin