Terlalu banyak yang berubah dalam hidup ini.
Dari satu arah ke satu arah,
meneroka satu demi satu jalan untuk membina hidup yang lebih baik,
lebih kukuh dan lebih bermanfaat buat ummah…
aidiladha muncul untuk kesekian kali nya.....semoga kehadiran nya untuk kali ini akan memberi kan seribu satu makna kepada diri aku., terharu aku mendengar khutbah pagi tadi, kisah ketabahan nabi ibrahim sekeluarga yang begitu taat dan patuh kepada perintah allah swt, mematuhi nya tanpa sebarang persoalan, baginda dengan rela hati mematuhu perintah allah yang diterima melalui mimpi untuk menyembelih anak nya nabi ismail, dengan penuh ketaqwaan baginda menuruti peritah tersebut, termasuk la nabi ismail dan juga isteri baginda siti hajar,
saban tahun kisah ini disampaikan terus menerus kepada masyarakat namun ianya hanyalah sebagai suatu Dongeng dipagi raya yang akan disampaikan kepada anak anak kecil apabila mereka ingin tahu mengapa ibadah korban di lakukan, jauh sekali untuk masyarakat zaman ini mahu mengadaptasi kisah yang disampaikan kedalam kehidupan seharian mereka, pada mereka kisah itu umpama suatu dongengan utuk menghiburkan hati di pagi hari raya
alangkah baik dan indah nya jika mereka dapat mengerti meseg sebenar di sebalik kisah itu... betapa allah swt memberi contoh kepada hambanya agar tidak mempersoalkan segala apa yang diperintahkan.. agar hambanya dapat melakukan segalanya semata mata untuk mengharap keredhaanNYA..... tapi sebalik nya apa yang kita lakukan? menentang apa yang diperintahkan... mempermain mainkan apa yang di suruh..., berdolak dalih atas apa yang di pertanggung jawabkan... berusaha sedaya upaya untuk menghalalkan segala yang telah diharamkan...
astaghfirullah halazim..... semoga kita di ampunkan oleh allah..... betapa kerdilnya kita disisinya.. namUn kita masih mahu mencabar NYA...
ampun kan aku ya allah...
sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga mu
namun tidak pula aku sanggup ke neraka mu
dari itu kurniakanlah keampunan mu ke pada ku ya allah
ampun kan lah dosa ku ya allah
sesungguh nya engkaulah pengampun kepada semua
dosa didunia ini.....
kadang kala kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang kita sayang.. namun demi keredhaan NYA jgn la kita berpaling... teruskan lah niat murni itu walaupun adakala nya ianya sangat sangat memedihkan untuk diterima.... sesungguhnya itu hanyalah ujian kepada kita untuk menguji sejauh mana ketaqwaan dan keimanan kita sebagai hamba...
bagi yang sudah berada jauh dari landasan NYA masih belum terlambat untuk bertaubat kerana pintau taubat allah terbuka seluas langit yang terbentang... minta lah keampunan kepada nya selagi belum terlambat untuk berbuat demikian...
semoga sehingga ke akhir hayat kita nanti kita akan sentiasa berada dalam islam agama yang satu...
Sejak dua menjak ni satu malaysia kecoh dengan kejadian sejadah yang di jumpai dalam posisi sedang sembahyang, terdapat banyak kejadian yang dilapokan oleh media, ada yang kat kelatan, kedah, dan pulau pinang, justeru itu ada individu yang mengambil inisiatif untuk berkomunikai dengan sejadah tersebut, walaupun perbualan itu hanya berlangsung secara satu hala namun ianya perjalan dengan lancar, mari kita ikuti perbualan tersebut (kreadit kepada dewakebaikan.wordpress.com)
“ambo dok kesoh kalu mu nok semaye tapi jange lo nunjuk nunjuk kat ore, mu tok key dok tahu oghe melayu lo ni buke buleh tengok hok bende bende pelek gini cepat sungguh hairey.. .” Maksud: Aku tak kisah kau nak semayang. Tapi janganlah menunjuk-nunjuk kat orang. Kau tak kan tak tahu, orang Melayu ni, bukan boleh tengok benda-benda pelik, cepat hairan.
"nanti, kalu ado oghe tanyo sama mu, tigo belas rukun semaye, apomu nok royak? mu buke buleh becakap" Maksud: Nanti, kalau ada orang tanya kau, tiga belas rukun semayang, apa kau nak jawab? Kau bukan boleh bercakap.
“limo rukun isle hok mana se mu buat? nok syahadah gane? mu takdok roh, nok semaye gane kalu setakat buleh duduk antaro duo sujud?.nok zakat gane , mu buke ado pitih, puaso guane, kalu waktu patut buke mu dok buke? nok gi haji dok buleh... sebab dale quran hanyo untuk jin dan manusio” Maksud: Lima rukun Islam, kau buat yang mana? Nak syahadah camne, kau takde roh. Nak semayang camne, kalau setakat boleh duduk antara dua sujud. Nak zakat camne, kau takde duit. Puasa camne, kalau waktu patut dah berbuka, kau tak berbuka. Pegi haji buat ape… pasal tuntutan syariat dlm Quran hanya untuk jin dan manusia.
“ambo harap tolong la jange serabut ke otok manusio akhir zame kek malaysia lo ni yang doh meme serabut sano sini, hok satu malaysia la hadari la ayoh pin la, mu kena ayoh pin? takpo la kalu dok kenal, mu jadilah sejadoh yang baik dan bersopan santu yo, jange jadi hare jadoh sudah...ambo ni ikhlas tego mu ni tak dok niat gapo gapo mu jange ambik ati pulok.” Maksud: aku harap tolong la jangan serabutkan otak manusia akhir zaman kat malaysia yang dah memang serabut, satu malasyia la hadhari la ayah pin la, kenal ayah pin? takpela kalau tak kenal, jadilah sejadah yang baik dan bersopan santun, jangan jadi haram jadah sudah, aku tegur ni tak ada niat ape ape, jangan amik hati pulak
Begitulah antara perbualan yang sempat dirakamkan....
Herm... sejak dua menjak ni ramai yang duk kemaruk tengok siri cerita nur kasih kan... ni aku bagi sinopsis dia dari 1 sampai abis... baca puas2 ye....
Episode 1
Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang
belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan
isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya
telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia
senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal
kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan
telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel
dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen
keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam.
Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka
Episode 2
Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan
mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan
pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik
sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya.
Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid.
Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam
pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia
mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya
dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya
sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi
pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali.
Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur
Episode 3
Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang
isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan.
Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah
membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh
yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam
tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di
sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga
hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan
pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada
yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan
kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan
Episode 4
Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia
tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan
dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan
kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual
kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak
dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti
segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur.
Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai
“lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh
Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan
yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah
dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya
meninggal dunia.
Episode 5 .
Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya
berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan
pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia
tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam
masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah
bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala
segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan
ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan
pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun
diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur,
Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan
teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.
Episode 6
Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas
kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam.
Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan
ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup
baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul
dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih
beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur
menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar.
Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk
menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah
negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu
menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.
Episode 7
Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi
Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan
Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru
dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya.
Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya
dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang
dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan
Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang
terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya
yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian
Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam
dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.
Episode 8
Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira
Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka
terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya
tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam
keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam
untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat
dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik
bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang
kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.
Episode 9
Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka
pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut,
Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya
pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam
menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada
Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke
kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh
adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam
dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan
peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.
Episode 10
Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk
kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang
dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil
kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal
jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru,
tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka
dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi
jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk
jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia
sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini
tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia
akan berjumpa dengan keluarga Adam.
Episode 11
Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan
mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah
Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali
Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur
hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan
kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya
dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam
semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang
mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan
Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di
sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.
Episode 12
Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin
tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam.
Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah
datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan
cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur,
Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah
merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan
persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur
dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah
tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan
Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan
sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.
Episode 13
Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu
mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang
dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan
perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak
melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang
ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina
merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah
berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana
dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL.
Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia
Episode 14
Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.
Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan
gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur
ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.
Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu
teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat
majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada
masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya
Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.
Episode 15
Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam
memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam
bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali
berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima
Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur
terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya
memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil
Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil
melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.
Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah
kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang
gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.
Episode 16
Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.
Episode 17
Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuatpengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar.
Episode 18
Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.
Episode 19
Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri
setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang
wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina
sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini
Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap
Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada
Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur
angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah
S.W.T. melindunginya sentiasa.
Episode 20
Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan
Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi
masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan
Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus
mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya
tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang
jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.
Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya
mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu.
Episode 21
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersama-
sama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..
Episode 22
Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
Episode 23
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.
Episode 24
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.
Episode 25
Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.
Episode 26
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.
Herm... ada seseorang citer kat aku pasal hari pembalasan, hari akhirat.... aku rasa citer ni best untuk kita kongsi bersama... jom tengok...
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kauthar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Masyaallah.... renung renungkan dan selamat beramal
Pada 05/09/09 DPPNJ telah menganjurkan program HIMPUNAN BADAR AL KUBRA sempena mengingati pristiwa perang badar tersebut telah berjaya menghadirkan diri ke program ni, almaklumla dah tak kerja ni hehehe.
Program himpunan ni adalah acara tahunan yang telah di jalan kan beberapa tahun yang sudah, sebelum ni pontian telah menjadi tuan rumah dan tahun ni mersing telah dipilih sebagai tuan rumah,aku bertolak dari pontian dalam pukul 11 bersama azid dan ustad daud, walaupun ustat daud dah tak ada dalam pemuda tapi dia memang suka ikut program2 pemuda, seronok dia kata,
Sampai je kat markas mersing aku tengok bungkusan dah siap packing, unit amal tgh sibuk memasak kat penanggah,meriah jugak aku tengok lauk lauk nye, mana tak nye, kambing je dah lima ekor, Lepas diberi tak limat oleh ustaz azam kawasan di bahagikan, aku kena kat kawasan tanjung genting, lepas dah siap semua kami pun bertolak,
Nostalgia jugak bila jalan kat mersing ni…, macam macam kenangan yang datang menjelma dalam pemikiran aku,maana tak nye ni lah dulu jalan yang aku lalui masa study kat ganu dulu, naik motor je, kalau pikir2 balik memang giler, kalau sekarang ni bagi motor wave shima kat aku pun aku tak kan sanggup nak ride sampai mersing ni, jauh giler….
Sampai je kat tanjung genting aku macam terpana seketika…., baru beberapa hari ni aku mengomel kat nana cakap rumah aku buruk la ape la, tapi bila tengok keadaan kat sana, bertapa bertuah nya aku rasa ada rumah yang aku ada sekarang ni….. astagfirullah…, betapa aku adalah mahluk yang tak tau nak bersyukur…, betul la macam orang selalu cakap… kalau kita rasa kita cantik ada lagi yang lagi cantik dari kita, kalau kita rasa kita paling hebat. Adala lagi yang lebih hebat dari kita, macam tu jugak sebalik nya, kalau kita rasa kita susah, kita miskin.. ada lagi yang lebih susah dan lebih miskin dari kita… aku jadi insaf dibuat nya…
Rumah salah seorang fakir miskin di tanjung genting
Lepas majlis pembahagian sumbangan dan berbuka puasa di rumah sorang jemaah aku balik semula ke markas air merah untuk isyak, terawikh dan program selanjutnya
Program malam adalah lebih kepada ceramah tentang perjuangan pas,barulah aku rasa terbuka sikit minda dan menambah lagi kefahaman tentang ape yang kami perjuang kan selama ni…
Kerajaan Bn wajib ditumbang kan.. kerana telah merosakkan akidah rakyat malaysia dengan membawa ajaran islam separuh dan sekuler separuh, sedang kan kita sedia maklum bahawa islam itu sediri ada lah menyeluruhmerangkumi segala aspek kehidupan duniawi dan akhirat, semua ada disediakan.. berpakain secara islam, jberniaga secara islam,buang air secara islam, dan termasuk lah pemerintahan secara islam.. tak ada apa yang tak lemgkap dlam islam… semua nya ada…, tapi oleh kerana kepala kepala jahanam yang telah mengasaskan satu cara hidup yang baru, cara hidup yang mereka reka sendiri dengan kepala hotak mereka sendiri, dan menolak mentah mentah apa yang ada didalam alquran, dengan bangga meraka mendabik dada mendakwa bahawa inilah cara yang terbaik untuk memerintah, aku lah yang mencipta nya, dan jika kamu tidak memilih cara kami nescaya negara kamu tidak akan boleh maju, kamu tidaj akan hidup senang…. Inilah kata kata kepala kepala jahanam yang telah mengasaskan satu tuhan baru dan cara hidup baru yang di namakan UMNO, dengan angkuh menolak ape yang telah diturunkan dalam alquran, tapi mereka hanya berani mendabik dada didepan penyokong penyokong mereka apabila diajak berdebat mereka lari… sebab nya mereka sudah tahu yang mereka tiada hujah untuk menidakkan apa yang ada didalam alquran, meraka tidak yakin dengan janji allah dan rasul, bahawa islam adalah satu satu nya cara untuk selamat didunia dan akhirat..
Setelah 52 tahun kita merdeka di bawah UMNO bersama ajaran islam plasti UMNO apa yang ada untuk umat islam di malaysia? Adakah syiar islam tertegak di bumi malaysia ini? Anak anak muda kita masih ada yang bekerja di tempat tempat menjual arak (S.Eleven) dikilang arak, lesen lesen arak dan judi dikeluarkan,adakah mereka kisah? Yang penting poket mereka penuh, sedang kan dalam al quran telah menyebut dalam bab arak ini, dari yang memerah menjual dan apa sahaja yang berkaitan dengan arak adalah haram, ada mereka kesah? Kenapa mereka bimbang dan takut dengan pejuang pejuang islam? Sebab mereka tahu apa yang mereka bawa itu adalah kebenaran, dan jika tertegak nya syiar islam di malaysia ini sesungguh nya mereka akan merempat di tepi jalan kerana sudah tiada lagi sumber kewangan yang mampu mereka peroleh… kerana sumber mereka dari yang haram belaka…. Kerna selama ini mereka menepikan islam demi kepentingan sendiri..Mampus UMNO…
Mufti perlis pernah mengeluarkan suatu analisa yang mengatakan sejak UMNO memerintah, seramai 250 ribu orang telah murtad dimalaysia, apa yang UMNO dan BN laku kan? Kesana kemari dengan slogan mereka DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA tapi agama apa yang mereka perjuangkan? Ajaran islam plastik?? Mampus UMNO…Tengah dok sedap sedap dgr nceramah, perut aku pulak lapo hahaha ape lagi g kat dapu selongkar periuk, banyak lagi makanan, aku pun melantak la dulu dengan muka tak malu nye hehehe
Habis ceramah dalam kul 12.00 diorang mkn jap tapi aku dah kenyang dah so rilek kat tepi semak isap rokok, hehe mcm budak sekolah pulak, bukan ape segan la…lepas siap diorang makan ada tadarus al quran, aku partner 3 orang dengan azid ngan ustat daud, amik surah khafi ayat satu sampai 50 pastu dah, pastu tido……
Pukul 3 lbh bangun untuk qiamulail, dapat jugak la aku buat solat sunat taubat dengan solat hajat, macam macam aku mintak, ni la manusia hehehe..,
Lepas subuh ada kuliah, kuliah yang di kendalikan oleh ustaz ibrahim, dia ni bekas pelajar pondok, memang best kuliah dia….banyak yg diceritakan yang membuat aku tertunduk keinsafan… rasa nya tak sempat aku nak tulis malam ni, insyaallah esok aku buat tajuk lain, dia ada cerita jugak pasal badar kubra, meh aku story sikit pasa al kubra yang diceritakan
Tanggal 17 Ramadan 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 150 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra sepanjang zaman. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.
Setelah umat Islam terpaksa berhijrah kerana agama, meninggalkan kampung halaman turun temurun, sanak saudara serta harta benda mereka di Mekah, Rasulullah saw tidak membiarkan kerugian ini berlarutan tanpa pembelaan untuk umat Islam dan pengajaran kepada kaum yang zalim. Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah saw merancang untuk merampas harta dagangan tersebut. Di Mekah dahulu, umat Islam diminta bersabar oleh Allah swt dalam menanggung derita, melalui ayat Al-Quran, “Wahai orang-orang beriman, tahanlah tangan-tangan kamu (jangan bertindak terhadap orang-orang yang menyiksa kamu), dan dirikanlah solat” (Al-Quran). Solat sahaja adalah tindakbalas yang boleh mereka lakukan apabila disakiti atau dianiaya oleh Quraisy.
Setelah Hijrah, turunlah ayat “Diizinkan (berperang) kepada yang diperangi kerana mereka dizalimi. Dan sesungguhnya Allah berkuasa memenangkan mereka. (Iaitu) orang-orang yang dihalau dari rumah-rumah mereka (di Mekah dll.) tanpa (alasan yang) hak, melainkan mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Allah ” (Al-Quran). Umat Islam Muhajirin dizalimi dan kini Allah izinkan perang. Rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah saw menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.
Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang. Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad saw kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering. Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Bilangan mereka turut serta mencapai 313 orang kerana untuk memikul pulang ke Madinah harta rampasan dagangan, bukan untuk berperang, tetapi Allah mengatur dan mahukan mereka melawan 1000 tentera yang lengkap bersenjata untuk berperang. Demikian aturan Allah pada kali ini, lain dari kecenderungan dan harapan hamba-hambaNya di Madinah.
Tu je lah yang mampu aku kongsikan pasal perang badar ni…letih dah nak tulis ni… ngantuk tak ilang lagi ni,
kuliah abis,dalam dekat2 kul 8,lepas tu acara bebas, pukul 9 ucapan penutupan oleh khairil faizi (ketua dewan pemuda pas negeri johor) pastu balik singgah jap kat kilang buat kuih kapit, azid borong abis, aku tengok je la, nak jugak beli tuk orang tua tapi duit tarak, aku drive dari mersing ke pontian sebab azid dah tak larat hehehe balik terus tertido…. Pom…!
Tempat aku berteduh
Ustaz ibrahim, best tul kuliah yang dia bagi,
rakan rakan dari bakhri muar
azid dengan ustaz daud
bungkusan yang dah siap sedia nak diagihkan kepada yang layak
tadarus sebelum tido, ustat daud kata baca 50 ayat je nanti jadi tak pelupa, terus sadakaallahhulazim
upacara penyampaian oleh ustaz nasarudin (ketua pemuada pas pusat)
orang sibuk membungkus aku buat buat sibuk amik gambar, curi tulang hehehe
jungle tracking
aksi terlampau seorang ustaz hehehe
anak sapa lani.... bagus buat menantu ni, tapi kerja tak ada :p
acara kuak lentang
mamat yang rambut panjang tu a samad said johor, malam tu dia baca saja peargh...
huargh... sedih nak balik....
selamat tinggal mersing.. sekali lagi kau meninggalkan kenangan dalam hidup ku