Tuesday, November 3, 2009

SEJADAH KENA CERAMAH


Sejak dua menjak ni satu malaysia kecoh dengan kejadian sejadah yang di jumpai dalam posisi sedang sembahyang, terdapat banyak kejadian yang dilapokan oleh media, ada yang kat kelatan, kedah, dan pulau pinang, justeru itu ada individu yang mengambil inisiatif untuk berkomunikai dengan sejadah tersebut, walaupun perbualan itu hanya berlangsung secara satu hala namun ianya perjalan dengan lancar, mari kita ikuti perbualan tersebut (kreadit kepada dewakebaikan.wordpress.com)




ambo dok kesoh kalu mu nok semaye tapi jange lo nunjuk nunjuk kat ore, mu tok key dok tahu oghe melayu lo ni buke buleh tengok hok bende bende pelek gini cepat sungguh hairey.. .”
Maksud: Aku tak kisah kau nak semayang. Tapi janganlah menunjuk-nunjuk kat orang. Kau tak kan tak tahu, orang Melayu ni, bukan boleh tengok benda-benda pelik, cepat hairan.



"nanti, kalu ado oghe tanyo sama mu, tigo belas rukun semaye, apomu nok royak? mu buke buleh becakap"
Maksud: Nanti, kalau ada orang tanya kau, tiga belas rukun semayang, apa kau nak jawab? Kau bukan boleh bercakap.



“limo rukun isle hok mana se mu buat? nok syahadah gane? mu takdok roh, nok semaye gane kalu setakat buleh duduk antaro duo sujud?.nok zakat gane , mu buke ado pitih, puaso guane, kalu waktu patut buke mu dok buke? nok gi haji dok buleh... sebab dale quran hanyo untuk jin dan manusio”
Maksud: Lima rukun Islam, kau buat yang mana? Nak syahadah camne, kau takde roh. Nak semayang camne, kalau setakat boleh duduk antara dua sujud. Nak zakat camne, kau takde duit. Puasa camne, kalau waktu patut dah berbuka, kau tak berbuka. Pegi haji buat ape… pasal tuntutan syariat dlm Quran hanya untuk jin dan manusia.



“ambo harap tolong la jange serabut ke otok manusio akhir zame kek malaysia lo ni yang doh meme serabut sano sini, hok satu malaysia la hadari la ayoh pin la, mu kena ayoh pin? takpo la kalu dok kenal, mu jadilah sejadoh yang baik dan bersopan santu yo, jange jadi hare jadoh sudah...ambo ni ikhlas tego mu ni tak dok niat gapo gapo mu jange ambik ati pulok.”
Maksud: aku harap tolong la jangan serabutkan otak manusia akhir zaman kat malaysia yang dah memang serabut, satu malasyia la hadhari la ayah pin la, kenal ayah pin? takpela kalau tak kenal, jadilah sejadah yang baik dan bersopan santun, jangan jadi haram jadah sudah, aku tegur ni tak ada niat ape ape, jangan amik hati pulak

Begitulah antara perbualan yang sempat dirakamkan....


1 comment:

lolo said...

bleh percaya ke ni ha..?