Monday, May 11, 2009

BRAIN STORM - PUNGAI BEACH RESORT





Pada 09/05/2009 hari tu aku dengan member – member tempat kerja aku pergi satu seminar yang telah di anjurkan oleh MEGAN KARISMA yang diterajui oleh bos aku En Zai Mahmood (anak sultan melaka huhu), Seminar ni telah berlangsung di PUNGAI BEACH RESORT desaru, Program ni pada asalnya menimbulakan banyak kontroversi memandangkan ianya bersaing dengan konsert AMY SEARCH yang berlangsung pada tarikh yang sama malam tu, ramai la jugak budak – budak ni yang dah beli tiket, termenung la jugak… RM30 beb, mahal tu… nasib baik aku tak beli, aku tak berapa gemo pegi tempat ramai – ramai orang ni, kalu ceramah pas aku suka la huhu, last – last amer dengan jamal je la yang pegi sebab diorang dah janji dengan zamri dengan aby (marketing strategi :p) yang lain pandai – pandai la jual tiket,kalau tak pegi rasa macam tak patut pulak sebab en zai dah susah – susah arange benda ni walaupun last minit yus kata nak simpan tiket tu dalam frame buat kenangan yang lain aku tak tau apa diorang buat dengan tiket tu



Motif utama program ni adalah untuk membina semangat kitorang semua memandang masing – masing semua dah jiwa kacau sebab contrak dah nak abis bulan depan, semua tak tau dapat sambung ke tak, kalau dapat sambung alhamdulillah lah, kalau tak??? Hem… lu pikir la sendiri….,



Pagi 9hb tu kitorang semua berkumpul kat shell tebrau sebelum bertolak ke desaru, tak silap aku adala dalam 9 bijik kereta yang pegi, aku malas nak bawak kereta aku sebab kereta aku tak power nanti tak pasal – pasal kena tinggal, lagipun lagi best tumpang orang sebab tak penat drive hahaha, Tak la jauh sangat pun desaru ni dalam 2 jam lebih je perjalanan, maybe sebab kitorang bertolak pagi so jalan tak jem lagi kot,



Banyak aktiviti yang disediakan sepanjang program ni, sukaneka ada, ceramah ada, melukis ada ( logo kumpulan haha ) voley ball ada pendek kata macam – macam ada.. kitorang pun tak boring la, madang ketawa je sepanjang program,sampai hari ni suara aku serak lagi…, nasib baik la black sanggup cancelkan nak balik kampung, kalau dia tak ada kurang la meriah sikit coz mamat ni ada je lawak bangang dia yang buat orang ketawa,

Bab makan tak payah cerita la, memang mewah, perut aku tak sempat rasa lapar tu… pari bakar, pari asam pedas, sotong, ayam, sosej…. Ish… terliur aku… Cuma yang tak berapa best sebab makanan ni semua dah siap so tak ada la bau – bau asap, tau – tau je dah siap tinggal makan, tapi kalau buat sendiri pun aku Cuma tolong makan je la huhuhu,



secara keseluruhan aku berpuas hati dengan program ni dan aku pun respect la kat bos aku sebab walaupun dah nak abis contrak dia masih lagi sudi buat program untuk kitorang, kalau pikir logik la lagi baik dia entertain bos – bos ptp, bodek – bodek mana tau ada can sambung cotrak daripada abiskan duit kat kitorang, tapi di buat jugak… , pas ni kalau ada rezeki dapat sambung contrak memang kitorang mintak belanja makan besar hahahaha amin…….



Kat bawah ni ada gambar-gambar sepanjang program, korang layan la ( klik untuk besarkan imej )



































No comments: