Wednesday, May 27, 2009

Hand Phone....





erm.. kat sini aku nak kongsi cerita tentang smart phone untuk sape –sape yang rasa rasa duk mengidam nak pakai phone jenis – jenis ni

1st aku nasihat pada sape – sape yang rasa mengidam nak beli hp memahal ni cuba duk menung jap sambil – sambil tengok hp yang korang pakai sekarang pastu pikir jap.. apa sebenarnya tujuan utama korang nak beli hp tu, secara dasarnya aku pecahkan kemahuan korang kepada dua

# atas dasar keperluan

# atas dasar trendy

Untuk yang pertama yaitu atas dasar keperluan,

sebagai mana yang kita tahu handphone pada generasi baru sekarang ni (smart phone) akan didatangkan dengan pelbagai ciri canggih diantara yang mesti ada

1 GPS

2 Wireless Lan (WIFI)

3 Camera berpixel tinggi ( 3 – 8 Mega pixel)

4 3G/ HSDPA

Biasanya smart phone akan memiliki salah satu atau pun kesemua ciri diatas,

GPS

adalah satu alat @ system (aku pun tak pasti) yang digunakan untuk pemetaan atau lebih tepat lagi untuk mengesan dimana lokasi yang akan kita tuju, system GPS ini akan berinteraksi dengan setelit setelit yang berada diluar atmospera bumi bagi mengesan signal yang dipancarkan oleh divce tadi dan kita boleh tahu dimana kordinat kita, ish….. senang cerita macam ni kalau ada GPS ni kite boleh tgk bumi ni dari luar angkasa, kota boleh tgk jalan – jalan yang kita nak lalu kesimpulannya ia adalah PETA yang canggih

Wireless Lan (WIFI)

Dengan adanya ciri ini ia akan membolehkan kita mengesan signal wireless yang dipancarkan dan kita boleh online secara percuma(curik line) kalau dulu hanya kedai – kedai besar yang ada contohnya starbuck,cofea bean tapi sekarang korang jangan risau kedai mamak pun dah ada wireless ni wo…. So kalau malas nak usung laptop korang, boleh la online pakai hand phone je, tapi untuk full browser better pakai laptop la coz browser dalam hp ni tak ada lasecanggih laptopkorang tu

Camera berpixel tinggi ( 3 – 8 Mega pixel)

Yang ni tak payah cerita la korang pun tau kan,sape sape yang suka amik gambar tu tahu la ape tu pixel kan? Erm pixel ni sebenarnya adalah satuunit tuk mengukur saiz sesuatu gambar yang kita amik, semakin besar pixel sesuatu camera tu semakin tinggi qualiti gambar yang diambil, tapi kalau yang extream tu beli la camera yang betul2…. Coz jauh lebih bagus…

3G/ HSDPA

Benda ni adalah rangkaian jalur lebar generasi ke 3, terdapat hp yang support 3g(umts) dan HSDPA , perbezaan antara kedua ni adalah dari kemampuaan penerimaan pancaran jalur lebar itu sendiri sebagai contoh 3G kelajuan nya adalah max 384kbps dan HSDPA jauh lebih tinggi sehingga 7.6 mbps, dengan adanya ciri ini membolehkan kita membuat panggilan video dan melayari internet

Ok setelah korang baca penerang tentang kesemua ciri ciri yang aku sebutkan tadi ( yang aku tak yakin samaada betulke tak) cuba korang tanya pada diri korang, PERLU KE SEMUA TU???? Andaikata terdetik dalam hati “ ish….. macam tak pakai je semua tu…” tapi jiwa tetap meronta – ronta nak jugak beli hp tu maka jatuh la hukum yang kedua yaitu TRENDY, bagi golongan yang macam ni kekadang aku agakmenyampah bila berjumpa sebabnya? Sebab aku kesian tengok hp yang diorang…. Dapat tuan yang tak tau apa – apa langsung pasal teknologi, yang diorang tahu letak hp atas meja pastu kerek….. tanya ape ape semua tak tau… kayu…..

Nasihat aku bagi yang hanya memerlukan hp untuk call dan sms awek tu tak yah la beli hp yang jenis – jenis canggih ni, buat nangis je kalau ilang, cari la yang biasa – biasa je k…, erm bagi golongan yang suka akan camera yang agak bagus dan kurang mahu kan ciri – ciri cangih manggih ni aku cadangkan korang amik model dari sony ericson,contoh terbaik adalah k800 k810 dan k850 memang akan buat korang rasa puas hati giler punya, tak caya try…. Bagi yang perlukan smart phone,banyak dah model – model sekarang ni, yang paling top adalah dari model nokia, korang boleh pilih dari N siries sampai yang terbaru E siries standbay ajelah duit…

Bagi aku nokia N95 menjadi pilihan hati sebab ia memenuhi segala kemahuan yang aku nak…. Dan yang paling penting nokia adalah symbyian phone ( ada operating system), hasilnya… tabung aku pecah….



Kenapa dan mengapa aku pilih N95 ni aku rasa dah ada jawapan nya kat atas tu…, ciri – cri yang terdapat pada N95 ni adalah seperti

  1. skrin Lcd 2.4 inchi dengan 16M colour, sesuai untuk mode landscape dan potrait bagi web browser
  2. 2G/3G (hsdpa 2100) untuk capaian yang lebih laju semasa berinternet (hsdpa)
  3. 3.5mm audio jack, saiz lubang head phone standard membolehkan kita pakai mana – mana headphone dari PC,ipod, mp4 player dll
  4. dual slide untuk music player
  5. WiFi
  6. Dual ARM 11 332 MHz processor; 3D Graphics HW Accelerator membolehkan kita main game ngage
  7. external memory support (micro sd) n95 boleh support sehingga 8GB memory

ciri – ciri lain seperti bluetooth dll semua nya ada…….. membuatkan phone ni unik dan istimewa walaupun keluaran nya sudah agak lama dan ketinggalan namun ianya tetap unggul, ini terbukti apabila N95 telah banyak memenangi anugerah pada tahun ia dilancarkan, korang layan la pict N95 aku ni, walaupun buruk tapi aku tetap sayang


cun tak??



speaker yang agak power



gambar keseluruhan


Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan N95 sebab memenuhi segala kehendak aku, tp untuk information korang aku tak guna pun N95 ni untuk call dan masage huhu tapi aku guna hand phone ni untuk surf tenet,main gps, video player, mp3 player untuk kereta aku yang tak ada cd player tu dll... dengan hanya memasukkan simcard broadband unlimited aku dapat menggunakan segala function yang terdapat dalam phone ni dengan 100%!!!

Layan.....

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak