Wednesday, August 12, 2009

Andai dapat ku undurkan putaran dunia



herm... time - time macam ni mula la nak jadi sensitif, ni yang aku tak suka ni.. tak pasal-pasal pegi layan rojak mee kat mamak depan padang sorang -sorang, tengah dok layan mee terpandang pulak jam besar kat padang tu terpikir jugak aku kalau lah aku boleh undurkan masa mesti aku akan putarkan balik pegi zaman sekolah - sekolah dulu... zaman yang indah.. dan yang pasti aku tak akan sia - sia kan nya, tapi kalau di fikir fikir balik masa zaman sekolah dulu aku tak ada lah bodoh mana pun.. ramai lagi member aku yang jauh ketinggalan waktu tu, tapi kenapa aku yang paling sangkak sekarang? aku pun pelik... bile terjumpe kawan - kawan lama mesti aku yang paling sangkak... kenapa ea?
mungkin belum tiba rezeki aku agaknya tapi yang pasti sekarang ni aku tak nampak masa depan aku... bukan samar - samar tapi gelap.. tak tau mana aku nak tuju.. serabut je rasa.., macam - macam terbayang dalam kepala aku..pasal kawin la pasal masa depan la.. herm..., seru kawin rasa - rasa nya dah sampai tapi bila tengok bab kemampuan memang tak boleh lagi.. tapi tu la bila berbicara bab kemampuan ni agak confius, yang di maksudkan berkemampuan tu sebenarnya macam mana?kalau mengikut konteks di zaman sekarang ni aku beranggapan bahawa istilah berkemampuan tu lebih kepada kemampuan untuk menyediakan duit hantaran... mana tak nya, tengok jela sekarang ni hantaran semua ber k k k, 10k 8k 7k, 5k? erm tak wujud lagi kot..
aku rasa benda ni semua tak akan berlaku kalau mak bapak zaman sekarang ni faham konsep sebenar walimatulurus itu sendiri, mak bapak sekarang ni dah macam nak jual anak pulak aku tengok... macam la anak dia tu tak balik terus lepas kawin, dalam hal ni aku tengok anak-anak yang jadi mangsa, mak bapak seolah-olah lebih rela melihat anak gadis mereka berkepit kesana kemari daripada mengkahwinkan anak mereka dengan hantaran yang murah, ada yang bertunang sampai bertahun semata mata untuk menyediakan duit hantaran yang diminta oleh keluarga perempuan..., kalau dah tunang lama-lama macam - macam boleh jadi.., alasan yang sering didengar malu pada orang kg dan jiran setaman, kalau buat kenduri kecik kecik nanti orang kata kena tangkap basah, nanti kalau ahli jawatan kuasa tingkap tanya, malu nak sebut jumlah hantaran...
hakikatnya mereka lebih mementingkan hari yang satu hari tu (hari majlis) daripada hari selepas satu hari tersebut,mungkin orang kg tau jiran setaman akan membantu untuk membayarkan jumlah hutang yang telah dibuat untuk majlis perkahwinan tersebut atau mungkin mereka akan hantar beras dan lauk pauk kerumah untuk menampung keperluan makanan seharian...
lebih parah lagi trend masa sekarang ni buat loan dengan bank untuk kawin, kawin dah macam beli kereta, ada yang kena down payment ada yang tak payah, full loan terus, janji tiap tiap bulan bayar, hari - hari boleh pakai... hem.. sampai macam tu sekali kan.... ish2....
apela aku merepek pulak cerita pasal kawin ni... kerja pun tak ada, ada hati nak cerita pasal kawin...gilo...
sedar tak sedar dah makin gelap dah... mengelamun sampai tak ingat dunia... aduh... sangkak sangkak.... esok nak kena mengadap lagi hari yang macam ni.... ape aktiviti aku esok? habiskan tengok kartun dalam laptop, habiskan baca komik dragon ball sampai episod 42 lepas dah habis semua aku nak buat ape? aduh..... member semua dah tak ada kat pontian, aku pun ingat nak berhijrah jugak la... tapi orang tua aku kat umah siapa nak teman kan? tapi selalu pun aku bukan ada kat rumah pegi kerja balik kerja dah malam, tapi aku yakin walau pun adanya aku kat rumah tu macam tak ada tapi aku rasa ianya ada membawa makna kepada kedua orang tua aku... aku rasa la, tak tau la kalau sebalik nya...
herm... terus bermenung...

No comments: