Friday, July 17, 2009

WANITA IDAMAN TERUNA



Antara ciri - ciri wanita yang menjadi dambaan lelaki... termasuk aku,

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

tapi layakkah aku untuk mendambakan wanita yang sebegini? adakah aku sudah cukup sempurna untuk mendambakan sesuatu yang sempurna? jodoh pertemuan, ajal maut di tentukan oleh allah.... terima lah dengan hati yang terbuka, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah nya.. hikmah yang belum kita ketahui... sesungguh nya allah itu maha pengasih dan maha penyayang

seandainya seseorang itu telah ditakdirkan tercipta untuk diri kita, walau macam mana pun akhirnya pasti akan bersatu dan begitu jugalah sebaliknya..., kita hanya berusaha dan tuhan yang menentukan nya...

No comments: