Monday, July 27, 2009

D.I.Y project


Kali ni aku ada lagi stu projek D.I.Y (do it your self ) untuk aku share bersama, mana tau ada yang nak cube buat projek mengarut ni kan, projek aku kali ni adalah untuk menggantikan speaker telur 6x9 yang faul kat pintu aku tu, dalam post yang lepas aku ada tunjuk speaker tu, kalau setakat nak ganti memang tak ada masalah, Cuma yang jadi masalah nye adalah aku dah pun tebuk lubang untuk saiz 6x9 kat pintu tu so kalau aku masuk yang 6 inchi kan dah jadi lodos, so aku kena cari satu altenatif macam mana nak buat lubang yang baru, meh aku tunjuk macam mana aku nak setel kan benda ni

1st sekali aku kena cari satu papan papan yang sesuai ketebalan nye untuk lapik speker ni, aku cari papan yang tebal lebih kurang 1 inchi untuk mengelakkan daripada power window aku sangkut masa diturunkan kerana ni lah masalah yang aku hadapi masa aku pasang 6x9 dulu yang di pasang tanpa lapik, akhirnya aku jumpe satu papan yang sesuai untuk job ni yaitu papan meja bos aku, so hari sabtu hari tu dengan berbekal kan griander aku berjaya memotong meja bos aku dan telah selamat di bawa keluar dari pelabuhan



Kemudian papan tu aku potong mengikut ukuran yang aku dah agak agak ngam dengan tempat yang aku nak bubuh speaker pastu potong…

Buat la bentuk sikit biar nampak senonoh, pastu ukur diameter speaker untuk buat lubang pada kayu, setelah selesai buat pulak lubang untuk skru dan nat, ni lah hasil nya






Tapi tak kan nak bubuh dalam kereta macam ni je kan? So aku pun cari la benda untuk balut papan ni, lepas aku riki – riki jumpe la jugak karpet yang orang selalu buat balut woofer tu, boleh tahan la harga dia, 1 ela dam rm 30 tapi aku beli sikit je la dalam rm 15






Untuk projek membalut ni aku tak banyak jugak la tool yang diperlukan,

  1. gam dunlop
  2. berus gigi untuk sapu gam
  3. gunting

aku sebenarnye tak ada skill pun nak wat balut – balut ni tapi bak kate orang langgar jela, macam motto sekolah aku dulu, rajin usaha tangga kejayaan, so aku pun cube je la..



first aku ukur dulu bagi ngam - ngam dengan papan



dah ngam ngam pastu potong ikut saiz yang dah diukur tadi,pastu apa lagi balut la ikut kreativiti sendiri




balut punye balut, gam punye gam akhirnya siap jugak la kerja seni yang tak berapa seni ni, pastu bubuh speaker dan dah siap pun… huhu last sekali aku pun skru la kat tempat yang aku dah ukur tadi, dan ni lah ropenye…





dah siap semua boleh la disekrukan di tempat yang sepatutnya, siap dah pun

No comments: